View: 336|Reply: 0
|
[Johor]
Projek rintis sistem amaran banjir di Sungai Chat mula Februari
[Copy link]
|
|
SISTEM amaran banjir - Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memulakan projek perintis sistem amaran banjir di kawasan berisiko banjir di bandar raya ini, awal tahun hadapan.
Ia selepas MBJB mengesan fenomena air pasang besar luar biasa yang semakin kerap melanda sungai di bandar raya ini.
Kebimbangan itu diluahkan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, yang mendedahkan paras air pasang di beberapa sungai di bandar raya ini naik mendadak melebihi tiga meter berbanding purata di bawah paras tiga meter sebelum ini.
Katanya, kekerapan air pasang luar biasa itu sekali gus meningkatkan risiko banjir melanda di pusat bandar dan kawasan penempatan sekiranya hujan lebat melanda.
"Situasi air pasang di beberapa sungai bandar raya kebelakangan ini menunjukkan ia merekodkan paras luar biasa kerana ia mencecah paras antara 3.5 hingga 3.8 meter, yang selalunya berlaku hanya ketika fenomena air pasang besar.
"Kebiasaannya air pasang di sungai di bandar raya ini merekodkan paras di bawah tiga meter
"Namun rekod menunjukkan air pasang luar biasa ini berlaku agak kerap sehingga ada yang setiap minggu berbanding mengikut musim bulan penuh.
"Jadi, MBJB akan memulakan projek perintis sistem amaran awal banjir yang akan dimulakan di Sungai Chat, di sini, Februari nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, hari ini.
Menjelaskan lanjut, Noorazam berkata, keadaan cuaca yang semakin di luar jangkaan itu memerlukan langkah pencegahan menyeluruh bagi mengelakkan impak banjir serius melanda bandar raya ini.
"Selepas membuat kajian awal, pemasangan sistem amaran banjir di bandar raya ini perlu disegerakan dengan MBJB melakukan projek perintis di Sungai Chat.
"Menerusi sistem amaran banjir yang akan dipasang nanti, selain penggera akan berbunyi dan amaran akan disiarkan, maklumat amaran juga akan dihantar ke telefon bimbit penduduk berhampiran sungai bagi membolehkan mereka segera menyelamatkan diri," katanya.
Noorazam berkata, menerusi sistem amaran awal banjir yang akan dilaksanakan di Sungai Chat itu, ia akan memanfaatkan penduduk Kampung Mohd Amin, Taman Merdeka dan Taman Kolam Air, di sini.
"Sebelum ini, kita hanya bergantung kepada kunci air atau pam sungai secara automatik atau dijaga kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sekiranya air sungai pasang besar.
"Namun berikutan perubahan cuaca yang semakin melampau ini, kita perlu kepada sistem yang lebih menyeluruh bagi mengurangkan impak dan risiko banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -chat-mula-februari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|