View: 387|Reply: 0
|
[Johor]
Susah dapat telur sepapan 30 biji
[Copy link]
|
|
BEKALAN telur ayam 30 biji sepapan tiada di rak telur sebuah pasar raya. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Pengguna dan peniaga makanan di negeri ini terus dihambat dengan isu kekurangan telur ayam dan minyak masak paket satu kilogram.
Tinjauan di beberapa pasar raya besar dan kedai runcit sekitar Johor Bahru dan Plentong mendapati di rak-rak telur hanya terdapat telur ayam yang pek 10 biji sahaja, manakala telur ayam bagi 30 biji atau sepapan sukar ditemui.
Peniaga makanan, Norizian Abd Aziz, 37, berkata dia menggunakan sekurang-kurangnya 10 papan telur ayam setiap hari.
"Sekarang nak dapat telur ayam biasa sepapan 30 biji pun susah, kalau dapat harga pasti mahal RM15 ke atas.
"Saya pernah beli telur ayam sepapan 30 biji pada harga RM16.90, terpaksa beli kalau tidak tiada menu telur nanti.
"Peniaga seperti kami memang tersepit, telur ayam sudah mahal. Kami jual sebiji telur yang sudah dimasak sama ada rebus atau goreng RM1 sebiji. Kalau naikkan harga nanti pelanggan marah.
"Minyak masak paket juga susah dapat untuk kegunaan keluarga," katanya.
Suri rumah, Rohana Abu Hamid, 54 turut mengakui kesukaran mendapatkan dua barangan kawalan terbabit.
Katanya, kini terpaksa menggunakan telur ayam omega atau ayam segar dengan harga sekitar RM6 hingga RM8 bagi satu pak 10 biji.
"Terpaksa beli yang 10 biji sebab telur ayam 30 biji sepapan habis dan susah dapat," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasaraya Econsave Cash & Carry, Mas Imran Adam berkata bekalan telur ayam dan minyak masak paket mengalami kekurangan sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, pihaknya memesan 1,000 papan tetapi yang sampai hanya lebih kurang 10 peratus sahaja.
"Memang bekalan kurang untuk minyak masak paket dan telur ayam. Kami memesan contohnya 1,000 papan telur ayam tetapi yang sampai hanya 200 papan.
"Begitu juga dengan minyak masak paket, kita tempah banyak tetapi yang sampai hanya 2,000 paket sahaja. Kita akan keluarkan semua, biasa dalam empat hari pertama selepas bekalan tiba akan habis dijual. Itu pihak kami telah hadkan pembelian kepada tiga paket seorang.
"Kami juga bimbang jika masalah ini berlarutan ia akan jadi meruncing lebih-lebih lagi ketika musim perayaan dan Ramadan tahun depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lur-sepapan-30-biji |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|