View: 445|Reply: 0
|
[Johor]
Restoran diarah tutup, tukang masak biar budak kencing di dapur
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil secara berdiri di dapur sebuah restoran.
Kota Tinggi: Sebuah restoran di sebuah kompleks beli-belah di sini, yang tular selepas tukang masaknya tidak mengamalkan kebersihan diarahkan tutup serta-merta, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dihantar untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan di lapangan selepas mendapat maklumat pada jam 11.30 pagi.
Katanya, hasil siasatan mendapati premis disewakan kepada warga asing.
"Kesemua empat pengendali makanan tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali serta seorang didapati tidak mempunyai suntikan tifoid.
"Markah Pemeriksaan Premis adalah 47.12 peratus. Arahan Penutupan diberikan di bawah Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan di bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983.
"Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik kerana gagal memastikan premis dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ling berkata, restoran terbabit juga mempunyai kesalahan lain antaranya pencemaran silang di tempat penyimpanan makanan dan tidak menjaga titik kawalan kritikal ke atas makanan yang sudah dimasak.
Katanya, lantai premis juga kotor dan tidak dibersihkan, selain dinding yang berhabuk dan bersawang.
"Penyimpanan makanan yang tidak bersih juga dikesan di premis ini. Terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur yang tidak dicuci sebelum digunakan.
"Tempat mencuci tangan juga tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan atau tuala pakai buang, serta menggunakan tong sampah tidak dibersihkan, kotor dan tidak bertutup.
"Malah sistem saliran yang tidak efektif dan menyebabkan air limpah mengalir ke permukaan jalan," katanya.
Ling turut mengucapkan terima kasih di atas hantaran Facebook (FB) dan mengingatkan pengguna supaya memilih premis yang mengamalkan pengendalian makanan bersih.
Terdahulu, video tular berdurasi 1.24 minit di FB yang memaparkan rakaman dapur sebuah restoran di pusat beli-belah.
Dalam rakaman itu, kelihatan kanak-kanak dipercayai anak kepada tukang masak membuang air kecil berhampiran sinki dapur yang mana terdapat makanan sedang disediakan.
Tindakan wanita itu yang hanya 'membasuh' kencing kanak-kanak itu selepas membuang hajat di dapur dengan sekadar menggunakan tangan yang basah selepas dicelup dari bekas air dan menyambung memasak ternyata menjijikkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-kencing-di-dapur |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|