View: 348|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Mekanik didakwa cederakan isteri dengan gunting panas
[Copy link]
|
|
KUALA PILAH: Mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini, atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan gunting yang dipanaskan.
Tertuduh, Mohamad Faiz Shahruddin, 28, dari Gemas bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 27 tahun dengan cara mencucuh benda hangat iaitu sebilah gunting yang dipanaskan pada jari telunjuk kiri isterinya.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah bengkel motosikal di FELDA Jelai pada jam 10.30 malam, 13 Disember lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen326A akta yang sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.
Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan keatas tertuduh sebelum mahkamah tidak memberikan jaminan dan menetapkan 16 Januari depan bagi sebutan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... engan-gunting-panas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|