CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

Tindakan biadap Martinez cemar malam gemilang Argentina

[Copy link]
Post time 19-12-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode

MARTINEZ membuat isyarat lucah dengan trofi Sarung Tangan Emas. -FOTO Dailymail

Doha: Penjaga gol Argentina Emiliano Martinez membuat isyarat biadap dengan anugerah Sarung Tangan Emas selepas dihadiahkan trofi untuk penjaga gol terbaik Piala Dunia selepas kejayaan mereka muncul juara menewaskan Perancis.

Penjaga gol Argentina itu mengejutkan peminat yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia apabila dia membuat isyarat lucah selepas menerima anugerah Sarung Tangan Emas berikutan prestasinya yang menyumbang kemenangan Argentina.

Argentina melakarkan kemenangan ke atas Perancis menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 sehingga masa tambahan tamat.

Martinez bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan di saat-saat akhir masa tambahan untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti.


Selepas perlawanan dia dihadiahkan Sarung Tangan Emas, trofi yang diberikan kepada penjaga gol dengan rekod bersih terbanyak.

Dia kemudiannya memegang anugerah itu di pangkal pahanya dan membuat isyarat lucah semasa kembali menyertai rakan pasukan.

"Emi Martinez seorang yang sangat positif dan memberi tahu rakan pasukan dia akan menyelamatkan beberapa penalti," dedah pengendali Argentina, Lionel Scaloni.

Namun tindakan Martinez ini menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat sukan dunia.

"Dia tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang bodoh untuk beberapa saat," tulis bozo_is_lol.

"Biarkan dia bersendirian. Dia jelas mempunyai masalah kesihatan mental," kata Anon32749.

Seorang lagi peminat turut memberi komen "Apa masalah dia. Maksud saya dia sudah menang Piala Dunia begitu juga dengan semua rakan sepasukan tetapi tiada seorang pun daripada mereka berlaga seperti kanak-kanak berusia 10 tahun.

"Ia adalah bodoh. Ia tidak matang. Tetapi ia lucu! Bayangkan melakukan ini di hadapan dua bilion orang!! Mengarut. Legenda," komen Forfarfour-Fifefive.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gemilang-argentina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042670 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list