CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

Harus tiga mata, bukan dimalukan Laos malam ini

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu lalu bersama penyokong kecil Malaysia. - Foto ihsan FB FAM

KUALA LUMPUR: Jika istilah `rantai makanan' dijadikan sebagai rujukan, Malaysia dan Laos boleh disifatkan memiliki hubungan seperti pemangsa dan mangsa berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam semua pertandingan.

Mana tidaknya, Laos sentiasa menjadi 'santapan' buat skuad Harimau Malaya selepas rekod pertemuan sejak 1968 menyaksikan Malaysia menang 11 pertemuan dan seri lima kali daripada 17 pertembungan.

Hanya sekali Laos berjaya mencipta kejutan ke atas Malaysia menerusi kemenangan 1-0 pada temasya Sukan SEA 1997.

Itu berlaku 25 tahun lalu dan ada beberapa pemain negara yang belum pun lahir ketika kali terakhir keajaiban itu berlaku.


Malah, Laos berterusan menjadi 'lubuk' mata percuma buat pasukan negara setiap kali bertemu di saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dengan Malaysia menang lima daripada tujuh pertemuan dan seri dalam dua perlawanan.

Jumlah jaringan yang juga bukan kecil. Ada 5-0, ada 5-1 dengan kali terakhir menyaksikan mereka dibelasah 4-0 pada edisi lalu yang berlangsung di Singapura.

Ini realiti yang harus ditelan Laos selepas jurang yang besar antara skuad bimbingan Micheal Weiss itu dengan anak buah Kim Pan Gon - Laos berada 41 anak tangga di bawah kuad negara dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Namun, berdasarkan aksi sulung anak buah Pan Gon ketika berdepan Myanmar yang menyaksikan skuad negara sekadar menang tipis 1-0, ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada Laos untuk melakar kejutan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jika kualiti sama dihidangkan barisan pemain negara, tidak mustahil Laos mampu mengecewakan Malaysia sekali gus merenggut misi negara yang pasti turun untuk mengutip kemenangan kedua berturut turut pada kempen kali ini.

Harus diingat, barisan skuad Gajah Muda pernah mengaibkan barisan muda negara di pentas Piala AFF B-23 Februari lalu dan ramai daripada skuad itu kini membarisi skuad yang dibawa ke Piala AFF 2022.

Selepas memalukan Harimau Muda, Laos pasti mengintai peluang untuk mengejutkan pula pasukan senior di sebalik situasi pasukan negara yang masih lagi mencari rentak dan belum berada pada prestasi terbaik.

Ditambah pula selepas dibelasah Vietnam 6-0 pada aksi pembukaan, mana mungkin Laos mahu terus diperlakukan sedemikan rupa bagi aksi kedua ini.

Pemain tengah Laos, Phithack Kongmathilath mengakui aksi ini sememangnya ujian yang besar buat barisan pemain namun tidak bermakna mereka akan menyerah kalah.

"Kami sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan ini," katanya.

Ingat skuad Harimau Malaya, jangan sama sekali merendahkan martabat Malaysia dengan tewas di tangan Laos - hanya kemenangan boleh diterima selepas wisel penamat dibunyikan malam ini.

Pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan mengakui skuad kebangsaan berada dalam situasi positif susulan kemenangan 1-0 ke atas Myanmar, sebelum ini.

"Ini antara kekuatan pasukan ini, di mana pemain mampu menguruskan situasi dengan baik apabila apa yang dirancang tidak berjalan lancar," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan ... ukan-laos-malam-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.106398 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list