|
Perlumbaan 6 Jam Endurance sempena tahun baharu 2023 pada 31 Disember ini akan diadakan di Litar Speedway Karting, USJ Subang Jaya.
KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, arena go kart negara bakal menyaksikan perlumbaan 'ala Le Mans 24 Jam' dengan penganjuran 6 Jam Endurance sempena tahun baharu 2023 pada 31 Disember ini.
Perlumbaan anjuran Pinncacle Kart ini bakal menyaksikan 13 pasukan bertanding di Litar Speedway Karting, USJ Subang Jaya membabitkan 78 pemandu secara keseluruhan, bagi merebut hadiah utama bernilai RM10,000.
Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah Hustlers Karting FSA Racing Team, Sidewinder Racing, WRMC, Hot Rocket, Race Rally KL, Broztech, Redpact Axle Racing, Nuclear Racing Team dan Motorsport Nation.
Semua pasukan akan menggunakan format perlumbaan endurance tertua di dunia iaitu Le Mans 24 Jam yang popular di Perancis.
Perlumbaan akan menyaksikan 20 minit sesi latihan bebas, 10 minit kelayakan dan enam jam perlumbaan bermula dari jam 10 pagi sehingga 4 petang.
"Perlumbaan ini menggunakan go kart berjenama Sodi yang berkapasiti enjin empat lejang 270cc," kata Pinnacle Kart dalam satu siaran media, hari ini.
"Perlumbaan ni juga mendapat seliaan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM). Perlumbaan ini juga akan disiarkan secara langsung di platform Facebook Pinnacle Kart."
https://www.bharian.com.my/sukan ... -sempena-tahun-baru |
|