CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

Al Nassr tawar RM78 juta sebulan kepada Ronaldo

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

CRISTIANO RONALDO



RIYADH: Cristiano Ronaldo yang tidak menerima tawaran daripada mana-mana gergasi bola sepak Eropah semakin hampir memilih Arab Saudi sebagai destinasi untuk tujuh tahun berikutnya.

Bintang Portugal itu ditawarkan perjanjian tujuh tahun ‘dua dalam satu’ yang amat lumayan bersama gergasi bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Pertama, dia ditawarkan kontrak sebagai pemain sehingga 2025 sebelum bertindak sebagai duta kelab dan Arab Saudi, yang memasang misi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Menurut ­akhbar Sepanyol, Marca, pemain berusia 37 tahun itu ‘sudah bersedia untuk terbang’ ke Arab Saudi selepas ditawarkan 200 juta euro (RM939 juta) semusim atau RM78 juta sebulan.

Pemenang anugerah Ballon d’Or itu diharap mampu membantu cita-cita Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Dalam laporan sama, Marca mendakwa, Arab Saudi kini hanya menunggu pemain itu menurunkan tanda tangannya.



“Perjanjian itu mungkin sudah rasmi Khamis, 22 Disember lalu sebaik sahaja Cristiano memutuskan untuk pergi ke Riyadh bagi menandatangani kontrak yang akan mengikatnya dengan Al Nassr dan Arab Saudi sehingga 2030,” lapor Marca.

Ronaldo sebelum ini menafikan akan menyertai kelab Liga Pro Saudi tersebut.

“Tidak, itu tidak benar,” kata­nya ketika Portugal menewaskan Switzerland dalam Piala Dunia 2022, baru-baru ini.

Pengurus Al Nassr, Rudi Garcia bagaimanapun mengakui, dia sentiasa mengalu-alukan peluang untuk membimbing Ronaldo.

“Saya fikir, mana-mana jurulatih sekali pun akan teruja jika dapat melatih pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo.

“Saya sentiasa percaya, menguruskan pemain hebat sepertinya adalah lebih mudah kerana mereka sangat bijak,” kata Garcia.

Ronaldo kini ­menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh Manchester United bulan lalu. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/nasion ... lan-kepada-ronaldo/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.278876 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list