CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

RM4.42 juta untuk jubah Piala Dunia Messi

[Copy link]
Post time 24-12-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memakaikan jubah kepada Lionel Messi sambil diperhatikan Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika majlis penyerahan trofi Piala Dunia. - REUTERS

LONDON: Seorang ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi 'AS$1 juta' (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya ketika meraikan kejayaan Argentina di Piala Dunia.

Pakaian berkenaan, jubah tradisional Arab yang dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, dipakaikan kepada Messi oleh Emir Qatar, selepas kejayaan mengatasi Perancis di final.

Dia kemudian terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sebahagian penyokong mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba 'merompak' saat indah Argentina.

Seorang pemerhati yang menyedarinya ialah Ahmed Al Barwani dari Parlimen Oman yang kemudian mengeluarkan kenyataan di Twitter: "Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022.


"Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu."

Dia kemudian memberitahu National bahawa jumlah berkenaan yang dikatakan hanya menyamai jumlah seminggu gaji Messi, masih terbuka untuk dibincangkan dan menambah bahawa jika dia berjaya mendapatkan jubah itu, ia akan 'dipamerkan untuk memperingati saat menerima penghormatan dan membantu kami menghidupkannya.'

"Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami."

Trofi yang dijulang oleh Messi yang memakai jubah adalah susulan kejayaan hebat pada final menyaksikan Argentina mengatasi Perancis selepas 120 minit. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... h-piala-dunia-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.396783 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list