CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2199|Reply: 11

PAS janji 17 tahun tp BN janji 3 tahun

[Copy link]
Post time 13-11-2010 04:37 PM | Show all posts |Read mode
BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air bersih


BACHOK 12 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan krisis bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama di negeri ini boleh diselesaikan dalam tempoh tiga tahun jika rakyat memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyifatkan tempoh 17 tahun untuk rakyat negeri ini menikmati bekalan air bersih sepenuhnya seperti diumumkan Kerajaan Pas Kelantan adalah sesuatu yang menyedihkan selain membuktikan kegagalan mereka dalam menangani isu rakyat.
“Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu sehingga 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat beri kepercayaan kepada BN memerintah negeri.
“Kita percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewat satu penggal pemerintahan.
“Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu selama 17 tahun lagi atau hanya dalam tempoh tiga tahun dan ini satu jaminan buat rakyat Kelantan,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa; Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dan semua pemain pasukan The Red Warriors.
Hampir 5,000 peminat turut membanjiri dataran tersebut bagi menyambut ketibaan piala berprestij yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 30 Oktober lalu, Kelantan menewaskan penyandang juara, Negeri Sembilan 2-1 sekali gus mencipta sejarah penantian selama 89 tahun dalam siri Liga Piala Malaysia.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan percaya jika rakyat negeri ini perlu menunggu sehingga 2027 untuk mendapat bekalan air bersih, negeri itu akan terus ketinggalan pada masa depan.



---------------------
Maknanya boleh buat cepat lah tuh..3 tahun jer boleh settle..lagik 14 tahun tuh PAS buat ape..(tk kan gali pakai cangkul? )..kebajikan rakyat jangan dilengah-lengah..Mereka berhak mendapat yang terbaik untuk kehidupan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 05:50 PM | Show all posts
dulu BN janji pasal minyak pon cepat juga.....

BN janji tak naik minyak dalam tahun tu....tup tup dalam tahun tu jugak naik....cepat tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 05:55 PM | Show all posts
kat tempat aku dulu...sebuah hospital dijanji nak buat secepat muungkin....tiap kali pilihanraya berjanji....tengok tengok....3 kali pilihanraya BN tabur janji....3 kali beb....bila Pas dapat tawan kawasan tersebut....baru terhegeh hegeh BN nak buat....

BN ni buat janji cepat....laksana janji lambat.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 05:51 PM | Show all posts
haha...bape byk rakyat kelantan mati sbb minum air
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 07:07 PM | Show all posts
hahaha.... 3 tahun... hahaha
lwk sungguh....
jgn percaya ckp media... percaya ckp saya..
last2 naek jgk...
teka sape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 07:22 PM | Show all posts
huh, skrg ai ssh nak percaya cakap2 org....seeing is believing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2010 09:50 PM | Show all posts
BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air bersih


BACHOK 12 Nov. – Kerajaan Barisan Nasion ...
gicks79 Post at 13-11-2010 16:37



   Cetak . Emel Rakan . Timur: Tiada air
Oleh Wan Kemat
[email protected]
2010/09/27

Othman menunjukkan tangki di belakang rumahnya di FELDA Purun untuk menyimpan bekalan air bersih.


Penduduk FELDA Purun kecewa JBA Pahang berhelah


BERA: Slogan Kampungku Syurgaku mungkin sukar dinikmati penduduk tanah rancangan FELDA Purun, dekat sini jika masalah bekalan air yang dihadapi lebih sedekad lalu, terus menghantui kehidupan mereka.
Masalah itu kerap berlaku kepada sebahagian daripada 437 peneroka FELDA yang tinggal di kawasan tinggi itu hingga ada yang mendakwa anak dan cucu mereka tidak berminat pulang berhari raya kerana bimbang terpaksa berdepan masalah bekalan air.
Jika perkara itu berlarutan, mereka juga bimbang hubungan kekeluargaan semakin renggang dan sukar mengadakan majlis keramaian sesama ahli keluarga.

Mereka mendakwa masalah gangguan bekalan air itu sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu dan setiap kali aduan dibuat kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, mereka sering menerima alasan yang sama iaitu masalah paip pecah, kerosakan mesin penyedut air dan ketiadaan bekalan elektrik.

Keadaan itu menyebabkan peneroka terpaksa berusaha mengatasinya sendiri termasuk menyediakan tangki air, membina kolam bersimen, menggali telaga dan mengangkut air dari sungai berhampiran.

Malah, mereka juga mendakwa terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi mendapatkan khidmat pengusaha lori persendirian bagi mengangkut air jika berlaku kejadian kematian atau mengadakan kenduri yang memerlukan bekalan air bersih yang banyak.
Seorang peneroka, Othman Salleh, 57, berkata anak serta cucunya kurang berminat balik ke tanah rancangan FELDA kerana masalah bekalan air.

Katanya, setiap kali sebelum pulang ke kampung, mereka akan bertanya mengenai bekalan air dan meminta supaya memastikan bekalan air pulih kerana tidak mahu menghadapi kesulitan untuk mandi, solat dan mendapatkan air minuman.

“Saya terpaksa menyediakan sembilan tangki air dan setiap satunya boleh menyimpan 1,000 gelen air bagi memastikan bekalan mencukupi sekiranya anaknya pulang ke sini.

“Saya sudah membelanjakan lebih RM10,000 bagi pemasangan saluran paip serta membina tempat meletakkan tangki air,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Beliau yang mempunyai tujuh anak serta 8 cucu sanggup berbelanja untuk memastikan mereka boleh balik ke kampung terutama musim cuti persekolahan atau perayaan seperti sambutan Aidilfitri.

Seorang lagi peneroka, Lagiman Jamil, 64 berkata, mereka tidak puas hati dengan masalah bekalan air di kawasan tanah rancangan FELDA yang sering terputus.

Katanya, ada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi mendakwa mereka tidak mendapat bekalan air lebih dua bulan hingga terpaksa mendapatkan bekalan air sungai sejauh lebih enam kilometer.

“Pelbagai cara sudah dilakukan termasuk membuat aduan kepada JBA, wakil rakyat dan pegawai pembangunan daerah namum belum ada tindakan sewajarnya diambil.

“Peneroka risau sekiranya keadaan berlarutan masalah hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana anak dan cucu mereka tidak berminat balik ke tanah rancangan FELDA ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan.

Katanya, buat masa ini permohonan itu belum diluluskan dan agensi pembangunan daerah sedang berusaha untuk membaiki sistem bekalan air bersih.

“Selain itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) turut menyediakan 32 lori tangki untuk membekalkan air ke rumah kediaman pada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi.

“Langkah sementara ini dilakukan bagi membantu meringankan masalah dihadapi peneroka terutama apabila menyambut perayaan atau ingin mengadakan majlis keramaian,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:45 PM | Show all posts
hmmm boleh caya ker dik noooooonnnnnnnnnn oiiiiiiiiii dengan janji hangsuang politik neh? janji duit masuk poket sendiri ada la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 12:48 AM | Show all posts
.  . Timur: Tiada air
Oleh Wan Kemat
[email protected]
2010/09/27
Othman menunjukk ...
totokreturn Post at 14-11-2010 21:50


lg lama plak dr janji pas
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 01:46 AM | Show all posts
lg lama plak dr janji pas
roy3 Post at 16-11-2010 00:48



    = pengencing tegar pun balaci pecaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 07:32 AM | Show all posts
alamak counter takde tindak balas lahh..   
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 08:37 AM | Show all posts
Reply 3# albronzzo


    dan yg paling 'cepat' siap projek pelebaran jambatan sultan ismail petra..dr tahun 2004 smpai skrg "dah siap".....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 1.102387 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list