Berkongsi minat dalam menyokong kerjaya ARIL di bidang seni
Mengikuti perkembangan ARIL dengan pandangan yang amat positif
Berkongsi ilmu pengetahuan tentang ilmu berforum
Bergembira dengan keluarga ARIL LoVeRs yang sangat sporting
Tabah seperti ARIL juga dalam menangkis segala tohmahan dan cacian
Berforum dengan harmoni
"kepada semuasupportersAril,teruskan menyokong Aril...dan jangan sesekali kutukpelajarAFlain..diorang semua mengejar impian diorang, seperti kitasemuayangmempunyai impian masing2 dalam hidup"
ATTENTION!!! FAKERS! Berhati2 dengan manusia2 yang nak menumpang glamor artis neh...skang ada manusia yg suka nak jadik Aril kat FaceBook..so..nak reveal kat sini...Aril ada 2 Account Fb..1 aktif n 1 lagi x brp ....
Ok..mukadimah dlu..
Aku sampai KL ptg hari Jumaat..kak arin ALs amik aku kat Duta..then bawak pegi makan kat Kampung Baru..gosip2..then gerak ke tempat penginapan kami..Sucasa kot nama tempat tuh..kak put yg sponsor tempat nih..thanks pada Kak Put, Kak Arin sebab byk melayan aku time aku kat KL..paling bes part melalak lam keta n cuci2 mata kat Biji Kopi..ngahah..Malam sebelom gath tuh kami semua bz macam org yg nak mengendalikan majlis kawin..tgh malam kol 2 lbey kot kawan baik Aril, Jep dtg bwk cenderahati dr Little Tree( erk..btol ke aku eja?)..bes wangian nih..aku letak lam bilik..harum semerbak je..errr...nak citer jugak part berjalan bwk sejambak bunga mengharungi bau-bauan di Petaling Street..haha..pengalaman yg menarik or weird,.aku x sure..)B
Hari gath..pagi2 lagik dah kuar ke lokasi Gath..Restoran Seri Melayu..cantik giler tempat nih..memang bes buat gath kat sini..Aktiviti pertama adalah aktiviti tiup belon..tebal giler kot belon tuh..aku guna pam je..yang klakanyer..aku berjaya membuli Reng ..membuli yang macam mana? Tanya Rengla..hahaha..then aku n Reng jugak jadik penyambut tetamu..1st time kot bagi aku..hahaha...aku nih kadang2 boleh tahan gak pemalu ngan org yg aku x biasa..so..terlebih or terkurang nak mintak maaf banyak2 dlu ekkk...
Korang tgk sendirila baju apa yg Aril pakai tuh...ingatkan mamat nih nak pkaila baju ikut tema warna yg dia bg yakni Biru n pink..skali kuar rimau kaler sama ngan kaler keta dia..wahahah...giler merenggg capang ni...kuar2 je dia start perform dgn Band Sky..n yang paling Bes..Amar Anak Wayang aka Amar Baharin nih goreng gitar..dahla hensem..terer main gitar..fuhhh..(amacam..ok x puji cemnih..Ain Najwa Roslan??..ngahha)...selain Amar..yazid yg cute nih pun ada..rambut baru Yazid comel ok..hahah
Semua Family Aril datang gath nih...semua sporting2..semua kecoh macam Aril..hahah..Seronok tgk reaction family Aril n Aril time slide presentation dipaparkan...Abg Wan paling kuat kna bahan..pasalnye..err..nanti tnya diala..xleh reveal kat sini..kang dia sentap..uwawawaa...
Gath nih semuanya Bes,,,Mc pon Bes..si Fatah skali lagi jadik Mc..dia sensorang pon jadikla...x kering gusi kami dok gelak dengan lawak2 terlebih dia tuh..hahah...nxt year panggil fatah lagila..Makanan memang superb..x termakan kottt...apa lagik ekkkkkkk..Erm..ha..thanks pada Aunty Lina sebab beliau adalah org kuat yg menjayakan gath nih...n pandai aunty pilih tempat..bes woo..
Ha..lagik satu akak2 Gafimmers yang datang..yg diketuai oleh ahkak Sally memang sporting habis...si Fatah asyik nak membahan ahkak Sally...kang kalu ahkak Sally ngamuk kang..habis Fatah kne ganyang,,,hahah...x sempat nak borak panjang2 dgn ahkak Sally sbb den ditugaskan utk jadik perakam video..hahah..merasalah korg tgk video2 yang terlebih gegar sudah ye..Reng bawak satu family..kak Nana n member Aril pon mai..ada Majimboo, Jep, Jay, Mirul, Mat Nor, Arrad n rmai lg..(kisahnya yg tuh ja aku knal..akakkaka)..tokey Little Tree pon ade..
Abis je gath..kami pakat2 dok melepek kat depan restoran tuh..dengar mamat capang nih membebel..masa tuh aku dah mcm mode ting tong sbb letih sesangat...hu2..dengar citer2 n luahan perasaan mamat capang nih..dia tgh sedih katanya..Ajam..memang camtula jalan hidup nih..kadang rasa bes, kadang rasa sedih..kalu asyik bes je selalu, rasa cam boring pulak kan..Most Important, jangan biar rasa sedih tuh membuatkan kita rasa x bersyukur dgn apa yg tuhan bagi kat kita..=).keep going !
Ahad November 14, 2010
'Kau Dan Aku 2' Kurang Elemen Cinta
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Aril, Anith, Hafiz dan Akim ketika menjayakan showcase Kau Dan Aku 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Sabtu. - Foto oleh ART CHEN
SHAH ALAM: Pelakon utama drama bersiri Kau Dan Aku musim kedua (KDA2) mengakui drama tersebut menonjolkan kelainan dengan mengurangkan elemen cinta berbanding musim terdahulu.
Aril, Akim, Hafiz dan Anith berkata perubahan yang dilakukan dalam drama menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian pada kali ini lebih menerapkan nilai persahabatan dan muzik.
Pengunjung memenuhi ruang legar Plaza Alam Sentral untuk menyaksikan pelakon KDA2 dengan lebih dekat.
Biarpun begitu, tidak bermakna jalan ceritanya menjadi bosan sebaliknya karakter setiap pelakon dan kejutan yang ditampilkan pada setiap episod dijangka bakal menjadi tarikan kepada penonton setia yang mengikuti KDA musim pertama.
Lebih-lebih lagi, drama 26 episod ini dibikin oleh tiga pengarah yang mempunyai idea yang berbeza. Seperti kata Aril, apabila kombinasi idea tiga pengarah itu bergabung, pastinya mencetuskan jalan cerita yang lebih menarik.
Aril menghiburkan penonton dengan lagu Biar Begini.
“Kalau KDA1, saya merupakan seorang yang ego tetapi kali ini perangai saya berubah menjadi seorang yang rendah diri. Ini kerana cerita ini menerapkan kerjasama dan sikap ambil berat antara rakan serta kehidupan pelajar kolej.
“Setiap episod akan menampilkan satu cerita. Oleh itu, apabila satu episod itu memaparkan cerita tentang diri saya, jadi saya perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk kelihatan lebih menonjol berbanding pelakon lain,” kata Aril ketika sidang media selepas showcase drama tersebut di Hotel Quality, di sini, Sabtu.
Showcase di Plaza Alam Sentral, di sini, diadakan bertujuan untuk mempromosikan drama KDA2 yang akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 23 November ini, setiap Selasa, pukul 9 malam.
Akim menyanyikan lagu Bawa Ku Pergi.
Sementara Akim berpendapat watak lakonannya lebih bebas berbanding dahulu. Selain itu, dia menganggap setiap episod KDA2 yang baru selesai penggambaran sebanyak 60 peratus itu memberikan pengajaran kepada penonton berbanding dahulu memfokuskan tentang konflik cinta.
“Dalam KDA1, saya menjadi tertekan dengan hubungan cinta bersama-sama Mila, kali ini kehidupan saya tertumpu kepada cita-cita dan masa depan.
“KDA2 juga memberikan banyak kesan dan pengajaran kepada hidup saya di luar. Misalnya, lagu terbaru saya berjudul Bawa Kau Pergi yang dinyanyikan dalam drama ini dan jalan ceritanya membuatkan saya lebih bersemangat dan yakin untuk mencapai cita-cita sebagai seorang komposer,” kata Akim yang turut bercita-cita untuk memiliki sebuah rumah dan menyenangkan ibu dan bapanya.
Hafiz mendendangkan lagu Noktah Cinta dan Awan Nano.
Dalam pada itu, Hafiz yang baru pertama kali menyertai KDA menceritakan tentang watak yang dilakonkan.
“Dalam cerita ini, saya melakonkan watak seorang pelajar yang baru pulang dari luar negara dan sudah melupakan budaya timur.
“Jadi, saya yang dipaksa oleh nenek (Khaty Fauziah) untuk mengubah diri menjadi seorang yang lebih bersikap kemelayuan,” ujarnya.
Seperti Akim, Hafiz akui turut meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya untuk lebih menjadi diri-sendiri.
Juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini akui lagu terbaru berjudul Lebih Dewasa yang dinyanyikan dalam drama tersebut mengubah dirinya agar menjadi dewasa berbanding keanak-anakan.
Anith ketika mendendangkan lagu Kau Ku Temu.
Bagi Anith pula, dia akui menyampah dengan watak Elena lakonannya yang sentiasa bercita-cita besar dan bersemangat tinggi.
Kelebihannya yang memukau dan sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar.
Namun, situasi ini tidak disenangi oleh sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.
KDA2 turut menampilkan pelakon popular Tony Eusoff, Kathy Fauziah, Zulkifli Zain, Alif, Raja Farah, Farish, Amar, Mimi, Ika Nabila, Anita Baharom, Puteri Fateen, Riezman dan Sabrina Ali.