CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

Kita patut jaring lebih banyak gol - Pan Gon

[Copy link]
Post time 25-12-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Malaysia, Faisal Halim diasak oleh pemain Laos pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya sepatutnya meledak lebih banyak gol ketika menentang Laos pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Ia diakui Kim Pan Gon namun pengendali skuad kebangsaan itu tetap gembira dengan kemenangan 5-0 sekali gus memberi petanda positif buat pemain untuk mengharungi dua lagi aksi peringkat kumpulan selepas ini.

Katanya, dia gembira melihat potensi yang ditunjukkan anak buahnya selain turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan.

"Mereka (pemain) membuktikan mereka adalah pemain yang terbaik dalam negara ini.


"Saya gembira untuk mengiktiraf kemampuan mereka dan saya berbangga dengan persembahan mereka walaupun kita boleh meledak lebih banyak gol," kata Pan Gon selepas perlawanan.


Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon memerhatikan aksi anak buahnya pada perlawanan Kumpulan B AFF 2022 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit. - Foto BERNAMA

Terdahulu, skuad kebangsaan tidak berdepan masalah untuk terus mengutip tiga mata apabila membelasah Laos 5-0 selepas menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan, Rabu lalu.

Meskipun hanya meledak satu gol menerusi Sergio Aguero pada babak pertama, skuad kebangsaan 'mengamuk' selepas rehat menerusi dua gol pantas Faisal Halim, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin.

Dua kemenangan berturut-turut itu membolehkan skuad negara mengutip enam mata maksimum untuk mengungguli Kumpulan B dan kemenangan keenam berturut turut ke atas pasukan ke-187 dunia itu.

https://www.bharian.com.my/sukan ... -banyak-gol-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040029 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list