View: 361|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kereta klon antara dirampas dalam operasi tahun baharu
[Copy link]
|
|
HANIF memeriksa kenderaan dipercayai 'klon' dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Seremban: Sebuah kereta dipercayai di 'klon' berjaya dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 di Plaza Tol Setul di sini, malam tadi.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan kereta jenis Honda dipandu seorang lelaki ketika sekatan jalan raya berkenaan.
Menurutnya, JPJ akan menyita kereta itu dan sekiranya didapati bersalah pemandu boleh didenda sekurang-kurangnya RM10,000 di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
"Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila ditawarkan sesebuah kenderaan di bawah harga yang sepatutnya yang tidak munasabah kerana kemungkinan ia adalah kenderaan klon.
"Mereka merasakan kenderaan itu masih boleh diguna pakai tetapi ia sebenarnya tidak sah untuk berada diatas jalan raya dan membahayakan pengguna itu sendiri," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Katanya, pihaknya juga dapat mengesan pengguna jalan raya yang menyalah gunakan nombor kenderaan yang diubah suai.
"Mereka yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang mengelirukan juga turut disaman.
"JPJ juga menahan sebuah kereta yang sudah tamat tempoh cukai jalan dinaiki beberapa warga Bangladesh dalam operasi itu," katanya sambil menambah JPJ Negeri Sembilan akan meneruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perasi-tahun-baharu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|