CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Johor] Kompaun RM500 jika 'cop' parkir

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Pemilik premis yang 'cop' parkir untuk kegunaan peribadi dengan meletakkan baldi, kerusi dan alat pemadam api di tempat letak kereta berkupon sekitar bandaraya ini, bakal berdepan kompaun sebanyak RM500.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, tindakan itu dibuat mengikut undang-undang kerana menimbulkan halangan di bawah Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Katanya, ia juga sebagai usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengatasi kesesakan dan isu tempat letak kereta.

"MBJB sedia maklum mengenai isu 'cop' parkir terutama membabitkan pengusaha spa, refleksologi, kedai aksesori kereta, restoran dan beberapa premis lain.

"Sepatutnya semua premis yang hendak menempah petak parkir berkupon boleh memohon terus kepada MBJB dengan bayaran RM150 sebulan, tetapi tidak ramai pengusaha premis yang memohon.

"Kalau letak kerusi atau upah orang untuk jaga parkir berkupon di depan premis, dari sudut perundangan sebenarnya tidak boleh dan salah terutama dalam tempoh kupon," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB di sini, hari ini.

Mohd Noorazam berkata, isu berkenaan juga boleh menimbulkan ketegangan antara pemilik premis dan orang awam yang ingin parkir kereta.

"Kita kesan memang ramai yang degil (cop parkir). Pengguna berhak meletakkan kereta yang mana sahaja sekiranya terdapat petak kereta yang kosong.

"Dari sudut itu pengguna boleh menghubungi penguat kuasa dan ambil tindakan, kita juga kerap buat rondaan dan operasi bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta PDRM.

"Kita juga sedang menambah baik prosedur sebelum tindakan menarik kenderaan dibuat, dengan membunyikan siren, memberitahu menggunakan pembesar suara dan menunggu beberapa minit sebelum kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya ditarik," katanya.

Menurutnya, selain isu 'cop' parkir, isu ulat parkir di kawasan bandar raya terutama Bazar Karat seperti di Jalan Ibrahim atau Wong Ah Fook juga semakin banyak dikesan.

Katanya, orang awam boleh terus membuat aduan dan laporan kepada MBJB menerusi talian hotline 1-300-88-0146 atau unit aduan 019-7788212 (WhatsApp) agar penguatkuasaan dapat dilaksana jika mengesan aktiviti itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 500-jika-cop-parkir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list