CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

[Johor] Norhayati mohon pertimbangan pencen ilat

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode

NORHAYATI ABU BAKAR menunjukkan penyakit kaki gajah yang dihidapi sejak lapan tahun lalu di rumahnya di Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian.

    Oleh MUHAMMAD ZIKRI
    8 Januari 2023, 1:27 pm

PONTIAN:  Seorang wanita yang menghidap penyakit untut atau kaki gajah memohon pihak berkenaan mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan pencen ilat bagi meneruskan kehidupan.

Menurut Norhayati Abu Bakar, 51, dia bekerja selama 15 tahun di sebuah kilang kelapa sawit di Kulai tetapi terpaksa berhenti pada 2016 berikutan penyakit yang dihidapi pada 2015.

Sebelum ini Allahyarham suaminya, Abdul Rahman Idrus telah berusaha turun naik pejabat di Johor Bahru bagi mendapatkan pencen ilat tetapi ditolak dengan alasan bukan ‘cacat kekal’.

Jawapan yang diberikan itu menyebabkan mereka tidak meneruskan usaha tersebut memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk terus  menuntut haknya itu.

“Ketika saya duduk selama enam bulan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, kami didatangi oleh seorang pegawai dari agensi tersebut, namun hingga kini tiada sebarang keputusan.

“Saya kini tiada sumber pendapatan, hanya  bergantung dengan sumbangan daripada kaum keluarga serta jiran-jiran yang bersimpati,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Sepam, Benut, dekat sini.

Norhayati mempersoalkan jawapan daripada agensi tersebut yang menyatakan dia mampu untuk bekerja, namun hakikatnya dia tidak lagi  berupaya untuk berjalan seperti biasa.

Lebih malang, suaminya meninggal dunia pada  tahun lalu disebabkan penyakit ‘long Covid’ menyebabkan dia kini hanya bergantung dengan elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Bantuan bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal telah diusahakan oleh arwah suami sebelum dia meninggal dunia sebagai perbelanjaan sekiranya tiada,” katanya dengan linangan air mata.

Dia mempunyai empat orang anak, masing-masing dua lelaki dan perempuan dengan kedua-dua anak perempuannya  telah berumah tangga dan mengikut suami masing-masing di Negeri Sembilan dan Simpang Renggam.

Dia kini tinggal bersama-sama dua anak lelaki termasuk anak sulung yang juga OKU mental berusia 31 tahun dan seorang lagi bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Anak lelaki saya menerima elaun sebanyak RM400 yang juga digunakan bagi menampung perbelanjaan harian, manakala elaun saya sebahagiannya untuk  membayar sewa bulanan penapis air.

“Dengan sedikit lebihan itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, ubat-ubatan, bayaran mencuci kaki setiap minggu di klinik swasta di Rengit sebanyak RM30 sekali perkhidmatan,” katanya sambil memaklumkan turut mendapatkan rawatan tiga atau empat kali setahun di Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat.

Dia memberitahu, penyakitnya bermula dengan gigitan nyamuk semasa bekerja di Kulai, kemudian berasa gatal sebelum membengkak seperti lengan bayi dan kini semakin membesar.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Norhayati menerusib013-2055425 atau anaknya, Hakim Abdul  Rahman 013-7610608 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Maybank Norhayati nombor 151191631628. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... bangan-pencen-ilat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033793 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list