CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Johor] Diserang kanser dua kali dalam setahun

[Copy link]
Post time 10-1-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode

NURHIDAYAH Khalid menunjukkan pengesahan hospital mengenai sebut harga bagi kos membeli ubat Keytruda bernilai RM68,400.

    Oleh NUR ALINA HASSAN
    10 Januari 2023, 8:30 am

MUAR: Tidak sampai setahun selesai menjalani rawatan kan­ser, Nurhidayah Khalid, 29, kini sekali lagi diuji dengan penyakit yang sama.

Ibu kepada dua cahaya mata ini nyata gagal membendung kesedihan tatkala dimaklumkan oleh doktor selepas lapan bulan berpeluang menikmati kehidupan normal.

“Saya sangkakan dah sihat macam dahulu, walaupun ada dimaklumkan risiko untuk di­serang semula, saya tak sangka secepat ini kerana baru lapan bulan selesai rawatan dan di­sahkan sembuh.

“Malah kali ini, doktor turut beritahu saya mungkin dah tak ada harapan lagi. Tapi, bila pandang wajah anak-anak yang masih kecil dan perlukan seorang ibu, saya tak ada pilihan lain kecuali harus kuat untuk melawan,” katanya ketika ditemui di Bakri, di sini.

Nurhidayah kini disahkan menghidap kanser limfoma tahap 3B yang menyebabkan dua kelenjar di leher sebelah kirinya membengkak.

“Masa pertama kali disahkan kanser pada April 2017, saya ke­rap demam dan letih. Saya dapat tahu penyakit ini apabila lihat leher di sebelah kanan yang semakin membengkak.

“Sebelum ini memang ada rasa benjolan kecil tapi saya sangkakan ia masalah biasa di bahagian urat atau otot.

“Namun, tak sangka doktor kata itu adalah kanser limfoma dan memerlukan pembedahan segera kerana saiz kelenjar semakin membesar,” katanya.

Kelenjar sebesar 18 senti­meter itu dibuang dan dia menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 sesi sebelum selesai pada awal tahun lalu.

“Namun, pada Oktober lalu, saya rasa simptom sama dan melihat leher sebelah kiri mempunyai dua biji kelenjar. Saya segera ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dan terkejut kerana doktor kata ia adalah kanser sama yang menyerang saya dan sudah berada pada tahap tiga.

“Meskipun seakan-akan hilang harapan dan semangat, tetapi suami, Mohd. Arif Amat Sabilam, 37, tak pernah jemu memberi kekuatan dengan berkongsi kisah-kisah bekas pesakit kanser yang pernah kritikal dan berjaya pulih.

“Malah, apabila lihat suami bantu jaga dua anak kami, Muhammad Adam Harris, 7 dan Muhammad Afi Harraz, 3, sambil berpesan supaya tidak nakal kerana ibu sakit, memang pe­rasaan ini rasa sebak namun saya lebih bersemangat untuk lawan kerana sedar keluarga masih perlukan saya,” katanya.

Doktor ada memberitahu rawatan terbaharu, iaitu penggunaan ubat Keyturda 10MG, namun kos itu sangat tinggi.

“Rawatan ini masih baru dan setakat ini doktor kata ia menunjukkan hasil positif kepada dua pesakit kanser sebelum ini. Namun, doktor sarankan saya ambil empat botol.

“Sebotol sahaja dah berharga RM17,100 dan jumlah keseluruhan memerlukan RM68,400. Dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu lori, sukarlah kami nak kumpul sebanyak itu dalam masa singkat.

“Namun, saya bersyukur kerana kelab kanser dan beberapa individu ada menghulurkan sumbangan. Sekarang dah berjaya kumpul dalam RM30,000 dan saya masih berusaha kumpul sebahagian lagi. Buat masa ini, doktor hanya beri ubat untuk kuatkan antibodi bagi melambatkan pertumbuhan kanser ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke dalam akaun  Maybank  Nurhidayah bernombor 151418232592. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... kali-dalam-setahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.385040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list