CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Johor] Lelaki didakwa rogol, liwat anak kandung berusia empat tahun

[Copy link]
Post time 10-1-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima orang anak itu didakwa merogol anak perempuan bongsunya yang berusia tiga tahun 11 bulan, yang mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.


Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak yang sama dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa tanpa kerelaannya.

Pendakwaan bagi tuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bilik air di rumah keluarga itu dekat Taman Bukit Mewah, Tampoi di sini, 13 Disember 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius yang tidak boleh dijamin.

"Pada masa sama, tertuduh tinggal sebumbung bersama mangsa yang merupakan anak kandungnya dan wujud keberangkalian yang sangat tinggi untuk tertuduh mengganggu serta berhubung dengan mangsa," jelasnya.

Mahkamah kemudian bersetuju tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebelum menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.

Difahamkan, tertuduh yang juga seorang penganggur itu ditahan polis pada jam 11 pagi, 28 Disember tahun lalu selepas polis menerima laporan daripada isterinya iaitu ibu kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika isterinya yang juga rakyat tempatan sedang keluar bekerja di Singapura dan ketika itu tertuduh hanya tinggal bersama mangsa dan juga dua anak yang lain, manakala dua lagi sedang bersekolah.

https://www.bharian.com.my/berit ... berusia-empat-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037015 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list