CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Didakwa perdagang lima beranak sebagai buruh paksa

[Copy link]
Post time 10-1-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penyelia ladang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara tahun 2008 hingga 2021. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Bekas penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di ladang bagi tujuan menyelesaikan hutang.

Tertuduh L Jayaseelan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin, selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Tamil.

Jayaseelan dituduh memperdagangkan S Veerasamy, 47, dan isterinya, A K Rajeswarii, 40, serta dua anak, V Shasikala, 20, V Anbarasi, 23, dan menantu, P Aridasan, 31, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.

Kesalahan itu dilakukan antara 2008 hingga 17 November 2021 di Ladang Bukit Tinggi di Jempol dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi, yang mencadangkan tiada sebarang jaminan ke atas tertuduh atau mahkamah menetapkan jaminan yang tinggi.

Peguam M Gobinathan merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan lelaki itu tidak lagi bekerja sejak lima tahun lalu selain mengalami masalah kesihatan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, dia perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran serta tidak boleh mengganggu mangsa dan mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Kes itu disebut semula 13 Februari depan.

Terdahulu, Pegawai Penyiasat Inspektor Salwati Abdullah memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan berasingan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sebagai-buruh-paksa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.031444 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list