View: 448|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kuih bakul beri rezeki buat Kak Chik
[Copy link]
|
|
Marang: Kuih bakul yang amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina menyebabkan pembuat kuih bakul ini tidak menang tangan untuk menyiapkan juadah berkenaan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Suhana Mohd @ Mohd Nor, 44, dari Kampung Mak Kemas, di sini, berkata dia mula membuat kuih bakul secara serius sejak tujuh tahun lalu dan permintaan meningkat sekali ganda pada musim perayaan berkenaan.
"Pada bulan-bulan biasa kira-kira 7,000 biji kuih bakul mampu dijual, namun permintaan meningkat sekali ganda termasuk dari seluruh negara apabila tibanya Tahun Baru Cina.
"Bagi saiz kecil setiap kali adunan yang dibancuh boleh menghasilkan 200 biji kuih bakul dan bagi saiz besar pula hanya 100 biji setiap adunan.
"Setiap biji kuih bakul bersaiz kecil dijual pada harga RM8 manakala bagi saiz besar dijual dengan harga RM12," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Chik dalam kalangan penggemar kuih bakul buatannya.
Menurutnya, pelanggannya bukan hanya terdiri daripada orang Melayu, malah masyarakat Cina juga membeli kuih bakul buatannya.
Katanya, dia akan menghantar melalui pos setiap pesanan selain mempunyai ejen selain turut menjadikan media sosial sebagai salah satu medium pemasaran.
Menceritakan pengalaman menceburi bidang pembuatan kuih bakul, Suhana berkata, dia dan adik-beradiknya amat menggemari kuih berkenaan, namun kesukaran mendapatkannya menimbulkan ilham
"Beberapa kali percubaan menemui jalan buntu, namun usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila kuih bakul yang dihasilkan menepati kriterianya.
"Alhamdulillah, kuih bakul yang saya hasilkan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya yang turut membuat kuih bulan, salah satu juadah bagi masyarakat Cina dalam menyambut Tahun Baru Cina.
SUHANA melakukan kerja mengukus kuih bakul. FOTO Nazdy Harun
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-kak-chik-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|