View: 321|Reply: 0
|
[Kedah]
Sepatutnya air suam disediakan secara percuma - CAKE
[Copy link]
|
|

Peniaga kedai makan, Mastura Maarof hanya mengenakan caj 20 sen untuk air suam kepada pelanggan yang makan di kedainya. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Alor Setar: Tindakan peniaga kedai makan atau restoran yang mengenakan caj mahal air suam sehingga RM2 segelas tidak sepatutnya berlaku sehingga membebankan pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, walaupun tiada aduan dilaporkan di negeri ini berhubung perkara itu, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan.
Katanya, sepatutnya air suam disediakan secara percuma kepada pelanggan memandangkan ia tidak menggunakan bahan mentah seperti gula atau perasa minuman.
"Kebanyakan peniaga di negeri ini ada yang mengenakan caj 20 sen dan ada yang diberi secara percuma.
"Kita harap peniaga tak ambil kesempatan kerana sudahlah harga makanan dicaj mahal, takkan air suam atau air kosong pun nak dicaj mahal juga," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Peniaga gerai makan, Mohd Najmuddin Md Noh, 35, berkata, dia tidak mengenakan sebarang caj untuk air suam atau air kosong kepada pelanggan yang datang ke gerainya.
"Saya rasa tak rugi pun beri air minuman kosong kepada pengguna kerana ia adalah satu cara untuk bersedekah," katanya ketika ditemui di gerainya di medan selera bersebelahan Hospital Lama Alor Setar, hari ini.
Sementara itu, peniaga lain, Mastura Maarof, 37, berkata, dia hanya mengenakan caj air suam 20 sen manakala ais kosong pula 30 sen segelas.
Katanya, ini kerana dia menggunakan cawan plastik serta air panas yang dimasak terlebih dahulu selain kos air batu yang digunakan.
"Tetapi setakat ini pelanggan tak merungut sebab mungkin mereka faham dengan keadaan ekonomi sekarang," katanya.
Metro Ahad hari ini melaporkan caj maksimum untuk air suam adalah 20 sen dan penjualan sehingga RM2 disifatkan sebagai melampau dan menekan pengguna.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... secara-percuma-cake |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|