CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tongkang senget sebab masuk air

[Copy link]
Post time 31-1-2023 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Tongkang senget sebab masuk air


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



TANGKAP layar daripada video tular yang menunjukkan tongkang bawa kontena bocor dan terpaksa ditunda.




Georgetown: Tongkang Namthong 27 dari Kanthang, Thailand yang dilapor terkandas di Kuala Muda, Kedah, di sini, semalam tidak bocor sebaliknya senget selepas dimasuki air laut ketika melalui perairan Langkawi.

Nakhoda bot tunda kemudian bertindak menundanya ke perairan cetek di muara Kuala Muda dengan kebenaran Jabatan Laut Malaysia (JLM) Pulau Pinang untuk menyelamatkan tongkang berkenaan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Abd Razak Mohamed berkata, susulan itu pihaknya turut melakukan tugas mengawasi kerja menarik keluar tongkang berkenaan pada 10 pagi tadi.

"Tongkang yang membawa muatan kontena itu tidak mengalami kebocoran, tetapi semasa tiba di Langkawi ketika cuaca buruk, satu kompartmen di bahagian belakang dimasuki air laut dan kelihatan senget di bahagian kiri.

"Bot tunda dan tongkang itu tiba lima batu nautika dari boya nombor empat Pelabuhan Pulau Pinang (PPP) pada 6 pagi semalam, sebelum nakhoda menyedari bahawa ia senget dan dimasuki air serta memutuskan untuk menundanya dengan kebenaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Razak berkata, kerja mengepam keluar air dalam kompartmen dimulakan pada 9.35 pagi semalam dan selesai pada 8 pagi hari ini.

Menurutnya, masing-masing empat kru warga Indonesia dan Thailand berusia antara 31 hingga 51 tahun yang berada dalam tongkang itu selamat dan ia dijangka memasuki terbabit dilaporkan selamat dan dijangka memasuki PPP tengah malam ini.

Beliau berkata, pasukannya mengambil langkah proaktif sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu dan menugaskan Bot Perkasa untuk memantau kerja mengepam dan keselamatan laluan pelayaran.

Semalam, Harian Metro melaporkan lapan kru terselamat selepas tongkang membawa kontena dari Thailand didakwa mengalami kebocoran di sempadan perairan Pulau Pinang dan Kedah.




Disiarkan pada: Januari 31, 2023 @ 7:30pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076793 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list