View: 361|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pernah rugi hampir setengah juta, penternak ikan air tawar tak patah semangat
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG: Pernah kerugian sehingga hampir setengah juta, namun ia tidak mematahkan semangat seorang pengusaha ikan air tawar untuk meneruskan usaha memelihara ikan itu.
Pertengahan 2020, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob, 47, kerugian hampir setengah juta apabila ikan air tawar yang dipeliharanya mati kerana kekurangan oksigen.
Katanya, kejadian tiga tahun lalu itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya, malah dia bangkit dengan memulakan kembali projek ikan air tawar.
"Peristiwa itu tidak mungkin akan dilupakan. Kira-kira 500 ikan kelah yang beratnya antara dua hingga tiga kilogram terapung kira-kira jam 3 pagi akibat kekurangan oksigen.
"Lebih 10 tahun saya mengusahakan ternakan ikan air tawar, itu adalah kejadian pertama yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar.
"Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengusahakan ikan air tawar. Sehingga kini terdapat kira-kira 3,000 ikan kelah, selain ikan talapia," katanya ketika ditemui di kolam ternakan ikan air tawar di Gua Kambing di Lepan Jaya, di sini.
Mohd Saiful yang mengusahakan kolam dalam gua batu kapur berkata, ternakannya itu mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat ikan air tawar.
"Alhamdulillah permintaan terhadap ikan air tawar ini sentiasa ada dan adakalanya ikan yang ada tidak dapat menampung permintaan peminat ikan ini.
"Ikan kelah memerlukan masa empat tahun untuk membesar dan seterusnya boleh dijual kepada pelanggan," katanya.
Mohd Saiful berkata, pada permulaan projek, dia menghabiskan lebih RM82,000 untuk membina enam kolam ikan di kawasan tanah miliknya, membuat sistem perpaipan dan membeli anak benih ikan.
Mohd Saiful memberi makan ikan di kolam air tawar miliknya di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang. NSTP/Paya Linda Yahya
https://www.bharian.com.my/berit ... air-tawar-tak-patah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|