CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Kedah] Bomba digigit beruang matahari, stabil

[Copy link]
Post time 4-2-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Bomba digigit beruang matahari, stabil

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA04 Februari 2023 09:24am






Mohd Nizam yang cedera di tangan kini dilaporkan stabil. - Foto JBPM




SUNGAI PETANI - Anggota bomba bantuan yang cedera digigit beruang matahari di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah, Yan, pada Khamis dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, keadaan Mohd Nizam Hamid, 27, bertambah baik selepas menjalani pembedahan pada Jumaat.

"Keadaan mangsa beransur baik selepas menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada salur darah tangan kiri yang cedera," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Mohd Nizam yang kini masih ditempatkan di wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, ditemani isterinya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Mohd Nizam cedera di tangan kiri selepas digigit beruang matahariketika cuba mengepung haiwan terbabit.

Beruang matahari betina seberat 90 kilogram itu berjaya ditangkap selepas ditembak ubat pelali pada jam lebih kurang 1.21 tengah hari dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), beruang matahari itu dipercayai tersesat dari habitat asal di Gunung Jerai kemungkinan dalam keadaan lapar atau terancam sehingga bertindak agresif.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091782 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list