CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan rayu naikkan elaun sara hidup RM500

[Copy link]
Post time 5-2-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan rayu naikkan elaun sara hidup RM500


Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 5, 2023 @ 10:17am  [email protected]




Wan Saiful (tiga dari kiri) bersama Dr Siti Mastura (empat dari kiri) bertemu wakil nelayan laut dan sungai yang menuntut kenaikan elaun sara hidup nelayan di Jeti Nelayan Padang Benggali di sini. - Foto NSTP/Danial Saad




TASEK GELUGOR: Ratusan nelayan sungai dan laut dalam Parlimen Kepala Batas serta Tasek Gelugor, di sini merayu kerajaan dapat menaikkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada RM500 sebulan bagi menampung kenaikan kos barang input yang semakin membebankan.

Ia berikutan, elaun yang diterima nelayan sungai iaitu sebanyak RM250 dan RM300 bagi nelayan laut pada ketika ini didakwa tidak lagi mencukupi, bahkan terpaksa menanggung kerugian apabila perlu mengeluarkan modal lebih sedangkan pulangan diterima tidak memadai.

Pengerusi Koperasi Nelayan Sungai Korok dan Air Hitam, Mohd Said Abdullah, 61, berkata hasil tangkapan nelayan sungai tidak lagi seperti dahulu apabila terdapat pelbagai ancaman termasuk pencemaran alam sekitar yang memusnahkan pembiakan ikan dan udang di kawasannya.

"Jika dahulu tangkapan ikan dan udang galah begitu meriah di kawasan saya sehinggakan ramai nelayan yang buat kerja ini secara sambilan, ambil cuti sebab seronok dapat hasil yang begitu banyak.

"Kini nak tangkap seekor dua pun payah namun nelayan tetap perlu turun ke sungai dan laut untuk cari rezeki.

"Hasil tangkapan kurang dan nelayan kini pula dibebani dengan kenaikan kos barang input seperti enjin bot serta pukat yang amat memberi tekanan kepada kami," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad di Jeti Nelayan Padang Benggali, di sini.

Bagi Mazlan Abdul, 55, berkata dahulu nelayan laut di Bagan Ajam dekat sini mendapat jolokon nelayan paling kaya apabila membawa pulang hasil tangkapan begitu mewah.

"Namun selepas terdapatnya projek tambakan laut di sini semuanya sudah berubah sehingga hari ini.

"Bahkan ada tekong (pemilik bot) terpaksa jadi awak-awak (pekerja) kerana sudah tidak mampu apatah lagi dengan kenaikan kos barang input yang semakin tinggi.

"Justeru, kami mohon supaya dapat dipertimbangkan untuk menaikkan elaun nelayan mengikut keadaan semasa yang ketika ini begitu meruncingkan," katanya.

Sementara itu, Wan Saiful dan Siti Mastura pada sidang media sama, memaklumkan akan membawa perkara itu untuk perhatian pihak kerajaan dalam sidang Parlimen akan datang.

Kata mereka, adalah wajar kerajaan mempertimbangkan kenaikan ESHN kepada golongan nelayan yang menjadi penggerak penting dalam memastikan sumber makanan negara terjamin.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.308453 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list