CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Kedah] Majikan maut ditumbuk pekerja

[Copy link]
Post time 5-2-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Majikan maut ditumbuk pekerja


Oleh Izad Thaqif Hassan - Februari 5, 2023 @ 12:19pm [email protected]




Warga emas maut selepas dipukul pekerjanya. - Foto hiasan NSTP




ALOR SETAR: Seorang pembantu tukang masak menumbuk dan memukul majikannya hingga maut, selepas dia dan isterinya dimarahi mangsa, dalam kejadian di restoran Jalan Stadium, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 68 tahun dipukul menggunakan kayu oleh suspek yang berusia 55 tahun kira-kira 5.15 petang, di belakang kedai makan itu.

"Perselisihan faham itu berlaku di antara anak mangsa dan isteri suspek yang berang kerana anak pemilik restoran berkenaan menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang sudah dicuci.

"Mangsa kemudian keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek, sebelum berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa," katanya.

Sumber berkata, mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek membuatkan pekerjanya itu hilang sabar dan menyerangnya menggunakan sebatang kayu.

"Perbuatan itu cuba dihalang oleh anak masing-masing, namun suspek dikatakan sempat melepaskan tumbukan beberapa kali ke muka mangsa, sebelum pergaduhan dileraikan.

"Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, seorang lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa dan punca hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan dalam tempoh terdekat," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.176626 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list