CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Kedah] Lelaki tunjuk 'anu' direman 4 hari

[Copy link]
Post time 6-2-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK (tengah) dibawa anggota polis mendapat perintah reman selama empat hari untuk siasatan berhubung kes menunjukkan kemaluan kepada dua wanita bersaudara di Batu 22, Teroi semalam. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Yan: Lelaki yang ditahan polis kerana menunjukkan kemaluan terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal semalam direman empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Yan untuk mendapat perintah reman hari ini yang bermula hari ini sehingga 9 Februari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

"Namun, siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian semalam, dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas pulang dari kursus kulinari di Guar Chempedak.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan pada 5.45 petang semalam selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan sejurus selepas itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anu-direman-4-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.168376 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list