CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15027|Reply: 141

ABPBH2010

[Copy link]
Post time 23-11-2010 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 4-4-2011 12:59

Dengarnya: Demam ABPBH2010 makin dirasa


2010/11/23

DADA Cik Normah dan teman-teman di pejabat semakin kencang berdebar apabila mengenangkan acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kini hampir menjelma semula selepas kejayaan besar diraih pada malam kemuncak edisi 2009 yang diadakan pada awal April lalu, di Arena of Stars, Genting Highlands.

Ramai yang memuji kehebatan dan kegemilangan yang dicipta pada ABPBH2009 hasil kerjasama semua pihak yang terbabit, termasuk penganjur, penganjur bersama, penaja, barisan artis yang dicalonkan serta artis yang menjayakan persembahan.Tidak lupa juga kepada selebriti yang sudi memeriahkan acara itu sehingga menjadikannya antara acara hiburan paling hebat tahun ini.
Tahniah buat semua.


Lalu, untuk menjadikan acara kali ini lebih berjaya dan hebat, tentulah agak sakit juga kepala kami di Berita Harian dan mereka yang berada di balik tabir ABPBH, memikirkan siang malam, apakah lagi daya tarikan yang mampu dihidangkan menerusi acara terulung ini. Tidak kisah sakit kepala atau kejang badan, semua itu tidak dihiraukan demi memberikan acara terbaik dan menghiburkan buat peminat semua.

Edisi terbaru pula akan bermula dengan pengumuman penganjuran ABPBH2010 yang akan berlangsung di Holiday Villa Subang pada 24 November ini. Undangan kepada selebriti juga sudah pun dihulurkan, sama ada secara terus mahupun menerusi pengurus atau pegawai perhubungan syarikat naungan mereka.

Ramai juga muka baru dalam industri seni tanah air yang diundang, bagi memeriahkan lagi acara berkenaan. Tentunya, ia pengalaman manis buat mereka, terutama bagi artis yang dicalonkan buat kali pertama pada anugerah cukup berprestij ini.

Menang atau kalah, itu cerita lain. Paling utama, peminat mahu melihat artis pilihan mereka turut bersaing merebut trofi ABPBH2010 pada malam kemuncak yang berkemungkinan besar diadakan sekali lagi di Arena of Stars, pada awal April tahun depan.
Kepada mereka yang teringin untuk sama-sama menceriakan majlis penuh bintang itu, mungkin mereka sudah boleh menempah pakaian daripada sekarang. Lebih berkelip-kelip pakaian ditempah, tentu lebih meriah! Sebelum itu, jangan lupa untuk memangkah nama pelakon, penyanyi, penyampai radio, pengacara televisyen, pelawak, kumpulan muzik dan penyanyi nasyid yang dicalonkan pada peringkat awal, dalam borang akan disiarkan dalam Berita Harian beberapa hari saja lagi.

Bercerita fasal sidang akhbar pengumuman penganjuran edisi ABPBH2010 juga, Cik Normah berasa amat terharu dan berbangga apabila Bintang Paling Popular ABPBH2009, Datuk Siti Nurhaliza sudah pun menyatakan kesudiannya untuk sama-sama hadir pada majlis terbabit. Kami di Berita Harian sangat mengalu-alukan kehadiran Siti yang selama ini begitu banyak memberikan sokongan kepada acara berkenaan.

Siti sendiri bukan calang-calang nama apabila bercakap mengenai anugerah ini. Dia sudah acap kali menaiki pentas menerima trofi Bintang Paling Popular, satu pencapaian yang setakat ini belum lagi dapat ditandingi mana-mana artis lain.

Bagi Cik Normah, rahsia kejayaan Siti mudah saja. Semuanya bergantung kepada bakat besar, sikap baik ditunjukkan selama ini kepada semua orang, serta keinginan Siti untuk terus maju dalam dunia hiburan.

Mungkin kejayaan Siti itu boleh dijadikan teladan buat artis muda, demi mencapai kejayaan serupa, mahupun kejayaan lebih tinggi apabila menceburkan diri dalam dunia seni.

Buat selebriti yang sudah pun menerima undangan, diharapkan mereka semua akan dapat menceriakan acara sidang akhbar yang bakal berlangsung esok. Kepada teman PR yang mungkin kami terlupa untuk hulurkan jemputan (untuk artis jagaan mereka), maklumlah jumlah artis di negara kita pun ramai juga kan, jangan segan hubungi Cik Normah dan teman di pejabat, jika ada kelapangan untuk sama-sama menceriakan suasana.

Kita jumpa di sidang akhbar pengumuman penganjuran ABPBH2010 ya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 08:16 AM | Show all posts
macam baru smlm jah tgk abpbh sheera dokong anak angkat sitik

btw, tv3 takdak ulang abp2009 ke??

jenuh tunggu website tv3/tonton tayang abpbh tapi nan hado jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:41 AM | Show all posts
CT klu btanding, confem menang lagik thn ni bpp...

sbb ct xde myb Lisa surihani atau shahir yang akan menang BPP....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 07:07 PM | Show all posts
shahir tu ada potensi kot mnd anugerah bpp...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:40 PM | Show all posts
contohilah CT
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:48 PM | Show all posts
CT klu btanding, confem menang lagik thn ni bpp...

sbb ct xde myb Lisa surihani atau shahir yang  ...
September14 Post at 23-11-2010 11:41



    .. i know yuna akan menang at least one of the categories..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2010 11:49 PM | Show all posts
pergh...April taun depan tue..lama lagikkk...

CT dah tak bertanding hopefully dia dpt buat persembahan utk ABPH2010 nie..
bawak lagu otai2 oldskool pun best...

dan harapnya jangan pakai pesen bukan2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:49 PM | Show all posts
Anyway, agaknye sapelaa yang dapat amik award Bintang Paling Popular nanti..
lately nie ramai yang popular sebab gossip2 panas aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 12:07 AM | Show all posts
harap2 Tiz Zaqyah menang lgi... InsyaAllah... Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:50 AM | Show all posts
Anyway, agaknye sapelaa yang dapat amik award Bintang Paling Popular nanti..
lately nie ramai yang  ...
cinta_ungu Post at 23-11-2010 23:49



    eddy nak ziana zain..
supaya org sedar sikit yg penyanyi2 baru ttp tak mampu mencipta fenomena mcm artis lama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:56 AM | Show all posts
eddy nak ziana zain..
supaya org sedar sikit yg penyanyi2 baru ttp tak mampu mencip ...
eddysheddy Post at 24/11/2010 00:50


haha...eddy nie nak kena piat tinge neh...
ZZ tue dah suram kelam aje..mane popularnya eddy ooii....


nak cakap popular gossip pun takde laa sangat..
popular album baru lagi laaa...nan adooo...


tapi penyanyi2 yg baru pun byk yg tak konsisten..
hanya mengharap satu dua lagu yg meletopp aje..


camane pun Bintang Paling Popular nie bleh jadik sume artis kan..
tak kisah penyanyi ke pelakon ke pengacara ke..right..


maybe Zizan ade potensi utk menang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 01:51 AM | Show all posts
masih kena potong2 surat kabar lagik ker

adeh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 08:11 AM | Show all posts
haha...eddy nie nak kena piat tinge neh...
ZZ tue dah suram kelam aje..mane popularnya eddy ooi ...
cinta_ungu Post at 24-11-2010 00:56


Hello nyah, ko kate ahkak jenab jen kelam??? ko tak tau ker dia paling sibuk 2010 ni... ahkak rase, dialah yg paling banyak tercalon nanti.. pilem, drama, penyanyi wanita semua dia sapu noks..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 01:41 PM | Show all posts
Hello nyah, ko kate ahkak jenab jen kelam??? ko tak tau ker dia paling sibuk 2010 ni... ahkak ra ...
Kak_Nam Post at 24/11/2010 08:11


ellops akak nam...cuaca tgh sepoi2 bahasa nie jgn marah2 ye...
huhu..saye je kot nampak zz nie kelam taun neh..
cuba kak nam senaraikan kesibukan zz yg mungkin saya ada terlepas pandang sepanjang taun 2010..
yg saya ingat gossip sebab pakai baju berskirt singkat time fashion show ape ntah...
lain-lain ade ke kesibukan dia ..selain menjaga keamanan rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kak_Nam at 24-11-2010 14:04
ellops akak nam...cuaca tgh sepoi2 bahasa nie jgn marah2 ye...
huhu..saye je kot nampak zz ...
cinta_ungu Post at 24-11-2010 13:41


Mak mana marah nyah.... u terasa ke??? ya ampun sayangku.. mak cuma nk bg tau saja..jangan sentap bagai yer.. nak mak senaraikan ker??? oklah atas permintaan u.

1) Merasmikan portal hiburan peragaan fesyen Stailista semasa ulang tahun kedua murai
2) Membuat penampilan khas untuk rancangan Alahai Fafau episod 1 dan menyanyikan lagu Madah Berhelah
3) Mempersembahkan nyanyian hebat dalam Teater Antara (walaupun berbalut tangan)
4) Mempersembahkan lakonan hebat dalam Teater Gamat 2
5) Membuat persembahan di Singapore utk Peraduan Cara Gaya Ziana Zain
6) Muncul dalam Program TV 'Istimewa Bersama Ziana Zain'
7) Dilantik menjadi duta Slimworld untuk tahun ketujuh
8) Membuat persembahan di Hari Belia Negara, Putrajaya
9) Membuat persembahan di Opening SUKMA 2010
10) Membuat yg terbaik utk Mentor sehingga berjaya juga menang besar & jadi juara
11) Membuat persembahan di Hi-Tea Anuar Zain & Ziana Zain, Singapore
12) Menjadi cover banyak kali di majalah-majalah (Media Hiburan, URTV, Hai, Jelita, GLAM, EH!, Wanita, Nona, dll)
13) Membuat persembahan di Raya Festive Hi Tea, Singapore
14) Dilantik menjadi duta utk Antabax
15) Dijemput untuk photoshoot dengan barangan Louis Vuitton di Australia
16) Muncul dalam drama 'Nur Kasih Di Jabal Rahmah' di TV1 (Sekarang pun ade ulangan nyah, pukul 9 mlm)
17) Muncul dalam program Hari Raya - Semua Untuk mu dan Mentor Raya
18) Album kompilasi The Essential - Ziana Zain
19) Terlibat dalam Filem Magika
20) Tersenarai dalam Top 5 Kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM-23
21) Menyanyikan 3 buah lagu untuk sountrack Magika
22) Membuat catwalk di Malaysia International Fashion Week
23) Membuat persembahan di Slimworld Gala Night and Dance di concore hotel
24) Bakal muncul dengan Konsert mega Disember ini
25) Bakal muncul dengan album baru jan tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 02:03 PM | Show all posts
Jangkaan yg menang -> Yuna

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 02:08 PM | Show all posts
micha akan menang


artis baru wanita jelita terbaik.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 02:12 PM | Show all posts
Mak mana marah nyah.... u terasa ke??? ya ampun sayangku.. mak cuma nk bg tau saja..jangan senta ...
Kak_Nam Post at 24/11/2010 13:58



   saya tak terasa ngan kak nam...cuma terasa nak makan ketam je neh...

kak nam nie ahkak ZZ ke...

terrer nye dapat senaraikan nie sume....
awat saya tak perasan time dia muncul kat program2 TV...


apepun, saya still blm dapat rasa aura akak zz menang BPP nanti...
tapi mane tau kan kot2 peminat dia buat kejutan undi dia gilaaa-gilaaa punya..
tup tup menang kalahkan artis indie...harus nangis tak berlagu kak melah..


p/s: ingat nak suh eddy senaraikan kesibukan CT..tp CT tak tercalon plak taun neh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 02:12 PM | Show all posts
kalau ikut populariti kat facebook...

rasanya antara semua artis malaysia ni..lisa paling ramai fans...

997,464

p/s:ke ada sesape y lebih dari lisa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 02:15 PM | Show all posts
saya tak terasa ngan kak nam...cuma terasa nak makan ketam je neh...

kak nam nie ahkak ...
cinta_ungu Post at 24-11-2010 14:12



   


u ols x perasan sbb u ols ting tong kot nyah,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.122763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list