CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 1

Real Madrid juara Piala Dunia Kelab

[Copy link]
Post time 12-2-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Real Madrid juara Piala Dunia Kelab



Real Madrid memenangi Piala Dunia Kelab buat kali kelima selepas kemenangan 5-3 ke atas Al Hilal di Maghribi. - Foto REUTERS



RABAT, Maghribi: Real Madrid memenangi Piala Dunia Kelab buat kali kelima selepas kemenangan 5-3 ke atas Al Hilal di Maghribi.

Vinicius Junior dan Fede Valverde masing-masing meledak dua gol, manakala Karim Benzema yang baru pulih daripada kecederaan turut berjaya membolosi gawang lawan dari Arab Saudi itu.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti, yang layak ke kejohanan itu sebagai pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, menampilkan kualiti serangan yang sukar dikekang kelab Asia itu.

Kemenangan Madrid di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat itu memberikan trofi kedua mereka musim ini, selepas memenangi Piala Super Eropah pada Ogos.


Pemain Real Madrid, Vinicius Junior (kiri) menjaringkan gol aksi final Piala Dunia Kelab menentang Al Hilal di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi. - Foto REUTERS

Ia turut menebus kekecewaan mereka dalam kempen La Liga, di mana mereka ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona, yang turut menewaskan Madrid dalam final Piala Super Sepanyol pada Januari.

Madrid kini memegang rekod kemenangan paling banyak dalam kejohanan antara benua itu selepas memenangi Piala Intercontinental - perlawanan antara juara Eropah dan Amerika Selatan - pada tahun 1960, 1998 dan 2002, yang kemudian digabungkan dengan Piala Dunia Kelab pada tahun 2005.

"Kami amat gembira, buat kali kelapan Madrid adalah juara dunia, ia adalah apa yang kami perlu lakukan.

"Ia perlawanan yang bagus. Saya rasa barisan depan kami sangat hebat, dengan Vinicius, Karim, Valverde, yang mendapat dua gol, serta kualiti pasukan yang bagus," kata Ancelotti.



Pemain Real Madrid, Federico Valverde (kiri) meledak dua gol ketika aksi final Piala Dunia Kelab menentang Al Hilal di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi. - Foto EPA

Ancelotti kembali memasukkan Benzema dalam kesebelasan utama selepas dia terlepas aksi separuh akhir menenang Al Ahly akibat kecederaan paha, dengan Rodrygo bermula di bangku simpanan.

Penyerang 35 tahun itu mencetus gol pembukaan Vinicius dengan hantaran pendek yang dimanfaatkan pemain sayap Brazil itu.

Selepas dikecewakan oleh penyokong yang bersikap perkauman dan lawan yang sering mensasarkannya di atas padang di Sepanyol, Vinicius menikmati malam gemilang di Maghribi, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan Madrid serta dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Kelab Asia tidak pernah memenangi kejohanan ini, dengan wakil Eropah menjuarainya setiap tahun sejak Corinthians dari Brazil muncul juara pada tahun 2012.

Sebelum itu pemenang Copa Libertadores dari Brazil, Flamengo menduduki tempat ketiga selepas menewaskan kelab Mesir, Al Ahly 4-2. - AFP



Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringan ketika aksi final Piala Dunia Kelab menentang Al Hilal di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi. - Foto REUTERS


Pemain Real Madrid rai kemenangan pada final Piala Dunia Kelab. - Foto EPA

https://www.bharian.com.my/sukan ... a-piala-dunia-kelab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 03:21 PM | Show all posts
bila benua lain nak menang pulak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.057144 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list