CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2436|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tak takut didenda buka meja atas jalan asalkan untung

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode

RAMAI peniaga makanan di Kuala Lumpur menggunakan tempat parkir untuk meletakkan kerusi dan meja bagi memenuhi permintaan pelanggan. – GAMBAR HIASAN


KUALA LUMPUR – Sesetengah pengusaha restoran di ibu negara tidak kisah didenda oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana meletakkan barang dagangan serta peralatan perniagaan di luar premis, asalkan dapat me­ngaut keuntungan berganda de­ngan menarik ramai pelanggan ke premis mereka.

Bagi mereka, denda yang dikenakan tidak seberapa jika dibandingkan dengan laba yang diperoleh biarpun menghalang laluan pejalan kaki, selain memonopoli petak parkir awam di depan premis.

Seorang pengusaha kedai makan tom yam yang mahu dikenali sebagai Abe Yat, 49, mengakui selama lebih lima tahun perniagaannya beroperasi di Setapak di sini, sudah enam kali dia didenda oleh pihak penguat kuasa kerana meletakkan kerusi dan meja di laluan kaki lima kedai.

Katanya, untuk menampung keuntungan kedai serta jumlah pelanggan dalam satu masa, dia terpaksa mengambil risiko untuk terus menggunakan laluan ber­kenaan sebagai ruang meletak kerusi dan meja.

“Bukan saya tak serik, tapi terpaksa. Tak apalah, bayar denda, janji boleh dapat untung dari jumlah pelanggan yang datang.

“Nak mohon permit dan bayar sewa lebih mahal dari denda.

“Kalau kita tak sediakan kerusi dan meja lebih, pelanggan yang minta tambahkan, tak sampi hati nak tolak permintaan mereka,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, pengusaha kedai makan yang mesra disapa Wong Kim, berkata, kerajaan mahupun pihak berkuasa perlu memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menggunakan satu atau dua petak parkir dihadapan kedai masing-masing untuk diletakkan kerusi dan meja ketika waktu puncak.

“Kalau sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, orang (pelanggan) mesti ramai. Kalau harap ruang dalam kedai mana cukup, mesti nak kena tambah kerusi meja di luar.

“Apa salahnya bagi kami (peniaga) guna ruang parkir depan kedai. Bukan banyak pun, satu pun dah cukup, atau laluan orang lalu (kaki lima) untuk letak kerusi meja juga. Satu hari, tiga waktu sahaja orang ramai, pagi, tengah hari dan malam,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di lokasi di sekitar Pudu, seorang peniaga menggunakan satu ruang parkir serta sekitar 20 meter kawasan kaki lima kedai untuk disusun kerusi dan meja makan bagi menampung jumlah pelanggan pada waktu puncak.

Dalam tinjauan lain, seorang peniaga nasi lemak yang mahu dikenali sebagai Jamilah, 52, berkata, sehingga kini dia masih belum mampu menyewa sebuah kedai dan terpaksa menjadikan laluan kaki lima sebagai tapak berniaga untuk mencari rezeki.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... lan-asalkan-untung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033644 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list