CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9727|Reply: 138

[Tempatan] Edisi Raya Tak Terkejut: Jangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal - JAKIM

  [Copy link]
Post time 1-4-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Decaffeinated at 1-4-2023 08:50 AM

Jangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal
Mac 31, 2023 @ 8:19pm


Gambar hiasan - tarikh penentuan akhir Ramadan akan dilakukan menerusi cerapan anak bulan

PUTRAJAYA: Semua pihak termasuk pengurusan masjid dan surau, disaran sentiasa membuat semakan ketepatan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital azan, agar sentiasa selari dengan kalendar hijrah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan Panel Pakar Falak.

JAKIM dalam kenyataan hari ini menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan "Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023" yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.

Menurut kenyataan JAKIM itu paparan berkenaan, telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini.

"JAKIM ingin memaklumkan bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi, setelah mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," menurut kenyataan itu.

Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini pada petang Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini.

JAKIM turut meminta semua pihak untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja mengenai perkara itu dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini.

– BERNAMA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakat nafi menafi...know know esk raya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 1-4-2023 09:49 AM
Pakat nafi menafi...know know esk raya

Itulah…tahun lepas pon mcm ni. Pastu raya …
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak salahkan Jakim pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak terkejut apa ntah
Zaman dulu syok je malam umum esok raya takde plak rentua kita acah2 terkejut pun
Lagi seronok ada la , pakat2 kanak2 (weols) menjerit Yeay yeay esok raya Yeay yeay sambil lari2 p main bunga api kat luar ramai2
Pastu yg kejadian last year pun , i xde terkejut pun , semua bahan2 persiapan siap awal dh simpan stok memasak semua
Elok umum je rasa okay je lega esok raya dah n siap2 prepare buat masak2 semua
Ntah apa2 je yg nk terkejut2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt terlalu ramai yg jahil Fiqh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 10:07 AM | Show all posts
Lolalala replied at 1-4-2023 09:49 AM
Pakat nafi menafi...know know esk raya

itulah pasal
since zaman pkp
asal menafikan je
mesti benda tu jadi
payah dah nak husnuzon
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 10:09 AM | Show all posts
memang tiap2 tahun pada 29 Ramadhan akan ada teropong anak bulan, tak pun kiraan falak. apa nak pelik nya kan, nampak anak bulan, hari esok nya raya lah. tak nampak anak bulan, hari lusa nya lah raya. tahun2 sebelum ni pun macam tu la juga, tak tau lah kalau tetiba sejak tahun lepas orang ramai jadi jahil sampai tak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 10:15 AM | Show all posts
domestobot replied at 1-4-2023 10:09 AM
memang tiap2 tahun pada 29 Ramadhan akan ada teropong anak bulan, tak pun kiraan falak. apa nak peli ...

rasanya
yang buat terkejut tahun lepas tu
kebiasaan mereka refer kalendar
jadi masing2 yakin yg raya pun
spt tahun2 sebelumnya jatuh pada hari yang sama
terperanjat pulak bila tak sama
back to zaman ai kecik2
yang bila pengumuman aje yg buat kita tau
bila confirm raya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak terperanjat eh..igtkan ada org nk pecepat raya. Tiba2 raya posa baru 15hari
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
khamis malam tgk anak bulan tu dah kena prepare bag2 semua dlm keteta diri dan keluarga. Pun park je sebelum keluar highway dgr pengimuman raya dlm kereta onz je jumaat raya teruskan je perjalanan balik kampung hahaha ada ke buat camtu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
klu raya hr jumaat tahun ni sbb anak bulan kelihatan maka kaka anak beranak akan beraya kt mekdi aje
dah x muda dgn ayah pun dah xde mls dah nk msk2 mcm dulu, anak2 pun x kisah ada juadah raya atau x mcm dulu2 plus kt rumah ayah pun kami anak beranak aje jd xde nk kecoh2
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:31 PM | Show all posts
thn lepas pun nafi.cer la bawak berbincang betul2
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:43 PM | Show all posts
abestuuu nak jadi mcm last year ke pulekkk?

abes smer kaum anak dara, andartue, mak2, nenek menopos gelabah titis mengagau dlm freezer cari daging ayam untuk merendang , sesambil anyam ketupat bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 1-4-2023 09:54 AM
Nak terkejut apa ntah
Zaman dulu syok je malam umum esok raya takde plak rentua kita acah2 terkejut  ...

masa kecik2 paling hampeh cikgu pesan kalau esok tak raya jgn lupa pergi sekolah… lepas pengumuman mmg klamkabut habiskan homework lukisan study takut2 cikgu buat spelling test congak semua
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:41 PM | Show all posts
maybe teropong dah canggih amat skrg ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 1-4-2023 01:17 PM
masa kecik2 paling hampeh cikgu pesan kalau esok tak raya jgn lupa pergi sekolah… lepas pengumuma ...

Eh masih kna p sekolah ke
I hilang ingatan dah bab tu haha
Mujur la zaman skrg mmg dh diberi cuti siap2 sebelum pengumuman raya tu lagi
So dh boleh relax2 kt umah j
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 1-4-2023 01:56 PM
takayama replied at 1-4-2023 11:33 AM
klu raya hr jumaat tahun ni sbb anak bulan kelihatan maka kaka anak beranak akan beraya kt mekdi aje ...


i masa malam raya tahun lepas pun terus pegi domino’s order pizza bebyk pastu tunggu sejuk, letak cling wrap, masuk fridge eh tapi … sbnrnya kdg mmg buat macam tu utk hari raya haji jugak.. bukan sbb tak prepare.. preparationnya mmg macam tu ramai yach org igt i sorang je
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 1-4-2023 01:45 PM
Eh masih kna p sekolah ke
I hilang ingatan dah bab tu haha
Mujur la zaman skrg mmg dh diberi cuti  ...

ntah la i senior sikit dari u kot… zaman tu ppd tak bagi cuti sblm raya… cuti berganti lepas raya, so mmg date tu semua tertakluk kpd raya brp hb . Ayah i cikgu… tak mungkin lah dia nak bagi cuti kalau anak murid dia yg cuti pun dia denda
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo raya jumaat, isnin tak dapat cuti umum la eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067992 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list