CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3834|Reply: 0

[Johor] Johor kekal larangan jual vape

[Copy link]
Post time 4-4-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

ROKOK rokok elektronik (e-rokok}. FOTO arkib NSTP

Johor Bahru: Kerajaan Johor mengekalkan larangan penjualan vape di negeri itu seperti yang diputuskan sejak 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pendirian yang dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sejak tujuh tahun lalu itu kekal meskipun kerajaan pusat mewartakan duti eksais bagi cecair atau gel mengandungi nikotin vape mulai Sabtu lalu.

Katanya kerajaan negeri mengenakan syarat bagi permohonan lesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan tidak membenarkan penjualan vape di premis perniagaan sejak larangan itu dibuat.

"Kita faham di peringkat pusat sudah ada kebenaran (cukai bagi cecair vape), jadi kita tunggu arahan seterusnya daripada kerajaan Persekutuan.

"Setakat ini, kita tidak mendapat hitam putih dari segi arahan tentang pengharaman vape, tetapi di peringkat kerajaan Johor kita masih menggunakan dasar keputusan (larangan) yang lama pada 2016," katanya kepada pemberita ketika menyertai Program Singgah Sahur 2023 Kelab Media Johor (KMJ) awal pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh dan Presiden KMJ Mohamad Fauzi Ishak.

Mohd Jafni berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cukai bagi kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimeter yang dikenakan kerajaan pada 1 April lepas dan pendirian kerajaan negeri mengenai larangan penjualan vape.

Sementara itu, mengenai operasi bazar Ramadan pula, Mohd Jafni berkata pihaknya meluluskan sebanyak 13,175 tapak bazar Ramadan membabitkan 235 lokasi di bawah pentadbiran PBT Johor tahun ini.

Setakat ini hanya operasi bazar Ramadan di bawah Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kurang mendapat sambutan terutama di lokasi baharu, manakala Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula melibatkan isu warga asing berniaga secara haram.

"Kita tidak mengeluarkan lesen untuk peniaga warga asing, kecuali dia bekerja dengan orang tempatan dan lesen di bawah nama majikan mereka. Hanya di MBJB sahaja alami isu ini dan tindakan penutupan oleh penguat kuasa telah diambil," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -larangan-jual-vape

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.684259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list