CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Terengganu] Buluh lemang sumber rezeki Shafie

[Copy link]
Post time 9-4-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shafie Sulong memeriksa buluh lemang di bangsal bersebelahan rumahnya di Kampung Mak Kemas, Marang. - NSTP/Nazdy Harun

MARANG: "Saban tahun pasti permintaan terhadap buluh lemang meningkat. Tahun ini saya sediakan lebih 20,000 batang," kata Mohd Shafie Sulong, 52.

Mohd Shafie dari Kampung Mak Kemas, dekat sini, antara individu membekalkan buluh lemang kepada pengusaha mahupun orang perseorangan.

Tahun lalu, katanya, dia menyediakan kira-kira 10,000 batang buluh lemang saja, namun tahun ini jumlahnya bertambah sekali ganda berikutan permintaan semakin meningkat.

"Setiap batang buluh dijual RM2. Jika mahu beli bersama daun lerek, daun itu dijual RM1 setiap helai. Hingga hari ini, 15,000 batang buluh sudah ditempah dan saya jangka akan meningkat sehingga 20,000 batang menjelang penghujung Ramadan.


"Selain untuk 1 Syawal, peniaga atau individu juga mahu buluh lemang sepanjang sebulan Syawal untuk rumah terbuka. Saya masih ada stok bagi memenuhi permintaan sepanjang sebulan Syawal," katanya.

Menurutnya, selain mendapatkan stok buluh daripada penanam buluh di seluruh negara, dia ada kebun buluh sendiri bagi menampung permintaan luar jangka, namun semuanya hanya mampu menampung permintaan dalam negeri buat masa ini berikutan permintaan amat tinggi.

Mohd Shafie berkata, setiap buluh yang dijual semuanya sudah dipotong mengikut ruas dan pengusaha atau pengguna hanya perlu membersihkannya sebelum digunakan.

"Untuk hari-hari biasa, permintaan terhadap buluh lemang ini tidak begitu tinggi, lingkungan lebih 500 batang saja. Namun, tiba Ramadan dan menjelang Aidilfitri, permintaan luar biasa kerana lemang salah satu sajian di bulan ini dan sepanjang sambutan Aidilfitri," katanya.

Menurutnya, sekiranya permintaan terus meningkat pada saat-saat akhir Ramadan, dia akan berusaha memenuhi permintaan.

"Permintaan buluh lemang meningkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak pernah berkurang sejak itu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... umber-rezeki-shafie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054598 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list