CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 1

[Selangor] Kereta ibu hamil dihempap pokok tumbang

[Copy link]
Post time 9-4-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita berkongsi kesedihan apabila kereta jenis Perodua miliknya rosak teruk akibat insiden pokok tumbang di Taman Putra Perdana, Puchong, semalam.



PETALING JAYA – Seorang wanita hamil berkongsi kesedihan apabila kereta jenis Perodua miliknya rosak teruk akibat insiden pokok tumbang di Taman Putra Perdana, Puchong semalam.

Dalam video yang dikongsi Meera Azizi di akaun TikTok miliknya memaparkan keadaan keretanya yang dihempap pokok besar sehingga kemik di bahagian hadapan.

Beberapa penduduk sekitar dilihat turut bekerjasama mengangkat dahan pokok yang menutup jalan utama.

Melalui ruangan kapsyen yang ditulis Meera, dia tidak menyangka akan diuji dalam keadaannya yang sarat mengandung dan akan menyambut hari raya tidak lama lagi.

“Ya Allah, ujian bulan puasa, ujian tunggu hari nak bersalin. Semoga aku dan suami kuat hadapi semua ini,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan musibah yang menimpa Meera sehingga ada individu yang sanggup menawarkan keretanya untuk dipinjam.

“Ya Allah, akak nak pakai kereta ke sementara saya boleh bagi pinjam,” kata Noraini Mohd. Paris.

“Memang angin dan hujan lebat betul petang semalam. Sempat tolong peniaga bazar sebab khemah nak terbang. Semoga keluarga awak kuat dengan ujian ini,” ujar Mohamad Syaharil.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan lebih 600 komen. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... mpap-pokok-tumbang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2023 03:52 PM | Show all posts
Semoga tabah dengan ujian yang dihadapi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.430403 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list