CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Kelantan] Tidak menang tangan layan pelanggan

[Copy link]
Post time 10-4-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga tudung, Azizah Abdul Aziz, 43, menunjukkan tudung yang dilekatkan manik dan dijual di premisnya di di Bazar Tok Guru, di sini. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Kota Bharu: Kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, semua peniaga semakin sibuk termasuk peniaga tudung di Bazar Tok Guru, di sini, apabila perlu menyiapkan tempahan tekapan manik pada tudung dan pakaian pelanggan.

Peniaga Azizah Abdul Aziz, 43, berkata dia menerima tempahan pelanggan untuk menekap manik sebagai perhiasan sejak awal Ramadan.

"Dalam tempoh dua minggu akan datang ini, keadaan semakin sibuk sehingga tidak menang tangan terutama seminggu sebelum 1 Syawal kerana ketika itu perantau sudah mula pulang dan mereka akan datang membeli-belah, di sini," katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, harga tudung mampu milik dijual bermula dari RM20 hingga RM45 manakala upah menekap manik tidak melebihi RM30 bergantung kepada kehendak pelanggan.

Menurutnya, penduduk tempatan lebih suka membuat persiapan Aidilfitri awal bagi mengelakkan banyak tudung yang menjadi pilihan kehabisan stok.

"Kemeriahan menyambut Aidilfitri kali ini lebih dirasai berbanding tahun lalu dan tahun sebelumnya yang agak suram selain jualan juga menurun kerana negara masih dalam pandemik Covid-19.

"Kali ini rata-rata peniaga di sini meluahkan rasa syukur kerana awal Ramadan lagi sudah ramai pelanggan datang mencari persiapan untuk sambutan Aidilfitri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-layan-pelanggan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048419 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list