CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas rugi RM6,300 diperdaya pegawai JKM palsu dari Tanah Merah

[Copy link]
Post time 10-4-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode


JELI: Seorang warga emas kerugian RM6,300 selepas diperdaya wanita yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menyerahkan barang kemas miliknya dalam kejadian di Kampung Lawar, di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku semasa warga emas berusia 73 tahun dan suami, 83, sedang berehat di luar rumah sebelum didatangi oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai JKM dari Tanah Merah.

Menantu kepada pasangan warga emas yang mahu dikenali sebagai Zali, 51, berkata, pegawai JKM berusia 40-an itu menjejaskan kedatangannya untuk membuat bancian bagi memberikan bantuan.

Menurutnya, pegawai JKM itu kemudian menawarkan bantuan bulanan berjumlah RM500 dan sebuah rumah baharu kepada warga emas.

“Wanita berkenaan kemudian telah meminta ayah dan ibu membayar deposit RM2,500 bagi melancarkan proses bantuan tersebut.

“Terperdaya dengan janji-janji manis, ibu mentua telah bertindak menyerahkan gelang tangan, rantai leher dan sebentuk cincin yang dianggarkan bernilai RM6,300 sebagai gantian kepada wang tunai,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Zali memberitahu, pegawai JKM itu berjanji kepada kedua-dua mentuanya untuk datang semula pada Rabu dan membawa mereka melihat rumah yang akan diberikan itu.

Katanya, menyedari ditipu dia kemudian telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Melintang pada pukul 4 petang.

“Pegawai JKM itu datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama seorang lelaki. Bagaimanapun lelaki tersebut tidak turun dari kereta.

“Saya lihat pasangan itu memberi fokus kepada golongan warga emas. Jadi saya harap masyarakat diluar peka dengan kejadian ini bagi mengelakkan perkara ini kembali berulang,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... u-dari-tanah-merah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.209897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list