CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis tahan penjawat awam jual air ketum di Precint 9

[Copy link]
Post time 13-4-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Polis menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam disyaki menjual air ketum di Presint 9 semalam. - Foto PDRM

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di Presint 9, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, A Asmadi Abdul Aziz, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika berada di lobi sebuah apartment di Presint 9 kerana memiliki dua botol cecair disyaki air ketum.

Katanya, hasil tindakan susulan pihak BSJND merampas lima lagi botol plastik disyaki berisi air ketum menjadikan jumlah yang dirampas sebanyak 10.5 liter.


"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah harta benda," katanya ketika dihubungi hari ini.

Asmadi berkata, suspek mendapat bekalan seminggu sekali dari pembekal di Labu Lanjut, Sepang dan menjual dengan harga RM18 sebotol.

"Suspek dibawa ke IPD Putrajaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -ketum-di-precint-9
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.066241 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list