CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket `jutawan', seludup kanak-kanak Sri Lanka ke Eropah

[Copy link]
Post time 19-4-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

WARGA tempatan yang juga dalang penyeludupan kanak-kanak warga Sri Lanka ke negara Eropah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini. FOTO ihsan Imigresen

Putrajaya: Sepasang suami isteri dikesan menjadi dalang sindiket penyeludupan kanak-kanak warga Sri Lanka ke Eropah menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Kegiatan itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Rabu lalu susulan penahanan dua suspek terbabit.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum itu mengesan modus operandi sindiket menggunakan ibu atau bapa rakyat Malaysia dari keluarga miskin yang mempunyai anak di bawah umur 12 tahun.

Menurutnya, sindiket kemudian akan memanipulasi maklumat diri kanak-kanak terbabit.

"Sindiket akan memperdaya ibu bapa rakyat Malaysia supaya membawa sijil lahir anak bawah 12 tahun ke pejabat Imigresen seolah-olah untuk membuat PMA untuk anak sendiri.

"Semasa proses permohonan di kaunter Imigresen, sindiket akan turut membawa kanak-kanak dari Sri Lanka yang hampir sama umur dengan kanak-kanak sebenar. Kanak-kanak warga asing itu akan dibawa ke kaunter imigresen bagi tujuan rakaman cap jari dan proses ambil gambar.

"Pasangan suami isteri yang menjadi dalang sindiket ini juga bertindak sebagai 'transporter' dengan membawa kanak-kanak Sri Lanka yang sudah berjaya mendapatkan PMA ke negara di Eropah," katanya semalam.

Ruslin berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan dan mengenal pasti tempoh sindiket ini beroperasi dan jumlah kanak-kanak diperdagangkan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati sindiket ini menerima upah sebanyak EUR 30,000 (RM145,000) hingga EUR50,000 (RM243,000) bagi setiap seorang kanak-kanak Sri Lanka yang diuruskan permohonan PMA dan diiring ke Eropah.

Katanya, sindiket ini berjaya ditumpaskan semasa pasangan ini hadir ke JIM Kuala Lumpur untuk tujuan mendapatkan PMA bagi seorang kanak-kanak Sri Lanka.

"Tindakan peka dan pantas pegawai Imigresen di bahagian pasport yang menyedari serta mengesan terdapat keraguan dalam permohonan PMA kanak-kanak yang berbeza paras rupa dan tidak boleh bertutur bahasa Melayu.

"Pasangan suami isteri yang masing-masing berumur 37 dan 26 tahun ini akan dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 hari ini di Mahkamah Seksyen,Kuala Lumpur dan ditahan di penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula di mahkamah pada 11 Mei ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sri-lanka-ke-eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.174197 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list