CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hanya 10 peratus anggota polis Kuala Lumpur dibenar cuti Aidilfitri

[Copy link]
Post time 20-4-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode

YAHAYA beramah mesra dengan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan. FOTO Aizuddin Saad.

Kuala Lumpur: Sebanyak 90 peratus anggota dan pegawai polis akan terus bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri di ibu negara.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, orang ramai yang pulang ke kampung pula dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak polis menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau terus ke balai berdekatan.

"Di Kuala Lumpur hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti manakala yang lain akan menjalankan tugas untuk syif masing-masing memastikan keselamatan terkawal.

"Kepada yang keluar berhari raya pastikan rumah dalam keadaan selamat dan pintu ditutup rapat…pastikan perkakas elektrik dipadam bagi mengelak kebakaran.

"Maklumkan pada pihak polis berkenaan pergerakan supaya mudah untuk kita hubungi," katanya pada sidang media program High Profile Policing di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 30,000 pengguna membanjiri terminal bas berkenaan sejak semalam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, lebih 1,000 bas ekspres berulang-alik ke destinasi di utara, selatan dan timur dari TBS menjelang Aidilfitri yang dijangka jatuh antara Jumaat atau Sabtu ini.

Sementara itu Yahaya berkata, dianggarkan lebih sejuta kenderaan bergerak keluar dari ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Saya nasihatkan kepada semua pemandu yang membuat perjalanan jauh supaya berhati-hati dan pastikan diri dalam keadaan sihat.

"Terutama pemandu bas pastikan dalam keadaan sihat kerana mereka membawa penumpang-penumpang yang balik ke kampung. Pastikan bas dalam keadaan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nar-cuti-aidilfitri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.077115 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list