CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Cerap anak bulan, apa yang patut anda tahu

[Copy link]
Post time 20-4-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC), badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi baru-baru ini memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal hari ini dan Aidilfitri mungkin jatuh pada hari Sabtu.

KUALA LUMPUR: Penetapan Hari Raya di negara ini akan dibuat berdasarkan cerapan (rukyah) anak bulan dan hisab (kiraan) berdasarkan kriteria imkanurukyah (kebolehnampakan).

Hasil cerapan anak bulan, sama ada kelihatan atau tidak, tetap akan diambil kira dalam prosedur membuat keputusan walaupun data menunjukkan anak bulan tidak akan kelihatan pada hari cerapan yang dijadualkan pada petang ini, bersamaan 29 Ramadan 1444H.

Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC), badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi baru-baru ini memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal hari ini dan Aidilfitri mungkin jatuh pada hari Sabtu.

Menurutnya, melihat anak bulan adalah adalah sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional serta keadaan cuaca yang luar biasa dan gabungan semua faktor itu sangat jarang berlaku.


Sehubungan itu, anak bulan dijangka tidak dapat dilihat walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.


Anak bulan dijangka tidak dapat dilihat walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.

Bagaimanapun, IAC berkata, terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain, dapat melihat anak bulan, Khamis ini dan disebabkan berlakunya ijtimak atau waktu konjugasi (dua objek berada dalam kedudukan sebaris), sebelum matahari terbenam dan munculnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam.

Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) dalam kenyataannya menyebut, untuk tahun ini,

Malaysia dan Arab Saudi akan melakukan cerapan anak bulan pada hari yang sama iaitu pada waktu maghrib, Khamis 20 April ini.

Ijtimak jam 12.12 tengah hari

Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) dalam kenyataan menyebut, di Malaysia, data menunjukkan ijtimak berlaku pada jam 12.12 tengah hari.

Umur bulan ketika waktu maghrib (7.31 malam) lebih kurang 7 jam.

"Bagi negara Arab Saudi pula, ijtimak berlaku pada jam 5:55 pagi. Umur bulan ketika waktu maghrib (6.22 petang), lebih kurang 12 jam.



Melihat anak bulan adalah adalah sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional serta keadaan cuaca yang luar biasa dan gabungan semua faktor itu sangat jarang berlaku.

"Ini disebabkan oleh perbezaan masa antara negara Arab Saudi dengan Malaysia adalah sebanyak lima jam. Oleh itu, bentuk sabit bulan di Arab Saudi lebih besar sedikit berbanding Malaysia. Peluang kenampakan anak bulan di Arab Saudi lebih baik berbanding Malaysia," katanya.

"Kriterianya adalah, ketika matahari terbenam pada ketinggian bulan tidak kurang tiga darjah dan jarak lengkung bulan dan matahari (elongasi) tidak kurang daripada 6.4 darjah.

"Data hitungan rasmi di Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Anak bulan akan dicerap pada Khamis, 20 April 2023/29 Ramadan 1444. Anak bulan tidak memenuhi kriteria imkanurukyah berbanding dengan negara lain," katanya.



Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC), badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi baru-baru ini memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal hari ini dan Aidilfitri mungkin jatuh pada hari Sabtu.

"Justeru, proses berkenaan masih belum selesai dan akan berlangsung pada 29 Ramadan 1444 ini.

"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja selaku Ketua Agama negeri akan memberi perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan tarikh Hari Raya bagi negara kita selepas menerima laporan dari 29 buah lokasi cerapan di seluruh negara.

"Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Proses ini dilaksanakan sesuai dengan tanggungjawab selaku ulil amri seperti yang ditetapkan oleh syarak," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ang-patut-anda-tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.036753 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list