View: 507|Reply: 6
|
[Jenayah]
“Saya akan arah peguam minta makamah tambah daripada RM120,000 kepada RM240,000”, Sanusi diminta lunaskan saman fitnah segera!
[Copy link]
|
|
Edited by stingertaikjubo at 23-4-2023 10:20 PM
ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 seperti diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Beliau berkata, sehingga kini Muhammad Sanusi belum melunaskan tuntutan tersebut walaupun tempoh pembayaran telah ditetapkan 14 hari daripada proses penghakiman.
Menurutnya, sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkenaan mahu menangguhkan pembayaran tersebut, beliau diminta berhubung dengan peguam bagi meneruskan hasrat itu.
Muhammad Sanusi perlu bayar segera kerana tempoh diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini ialah 14 hari daripada penghakiman.
“Beliau ketika itu telah minta tangguh sebab mahu buat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tiada pindaan dilakukan kecuali satu saja, iaitu denda daripada RM50,000 kepada RM120,000. Tempoh 14 hari masih kekal daripada tarikh penghakiman,” katanya.
Mahfuz memberitahu, Muhammad Sanusi tidak seharusnya menunggu sehingga perintah mahkamah dikeluarkan kerana keputusan telah pun diputuskan.
“Bermakna sekiranya nak bayar tak perlu tunggu perintah mahkamah dikeluarkan terhadap beliau, terus bayar sahaja. Kecuali mungkin beliau mahu merayu pula ke Mahkamah Persekutuan, yang itu perlu beritahu kepada peguam saya, tiada masalah.
“Saya akan arah pula peguam saya buat rayuan pencelahan di mahkamah mungkin untuk minta tambah daripada RM120,000 kepada RM240,000,” jelasnya.
Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka juga perlu dibuat berdasarkan kepada tuntutan berkenaan, namun sehingga kini belum dilakukan.
Mahfuz secara berseloroh turut memuat naik rakaman video berhubung perkara tersebut bagi mengingatkan Muhammad Sanusi mengenai ganti rugi yang perlu dibayar di laman twitter.
Pada 3 April, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, namun permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah bayaran ganti rugi diluluskan daripada RM50,000 kepada RM120,000,"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahfuz-ingatkan-sanusi-bayar-rm120000-416616 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dia kata? Species berbau lobai ni memang suka cakap main hembus sebab pengikut pun jenis angguk tak pernah persoal takut tergelincir akidah. Sudahnya mereka tak reti nak check fakta. Zaman dulu boleh lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji MB naik dah yek.. masa zaman Syed dulu 8 k jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|