View: 598|Reply: 2
|
[Tempatan]
Sedondon, iklan ‘billboard’ Bung Mokhtar bersama dua isteri tarik perhatian
[Copy link]
|
|
Gambar Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang terpampang di papan iklan dengan ucapan hari raya mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Lina Ramsah, MP Umno itu bergambar bersama isteri pertamanya, Datin Nor Asidah Alimuddin serta madunya, Datin Zizie Izette di papan iklan iklan tersebut.
Mereka juga sedondon mengenakan baju lengkap berwarna ungu.
“Begini baru adil. Dua-dua letak di billboard. Tiada kurang tiada lebih,” ciapnya.
Antara komen lain yang turut mencuit perhatian ialah daripada SuperrrMike dengan komen, “Mantap YB (Yang Berhormat)! Rilekkk (tenang) ja dia pasang billboard dengan dua bini. Adil dan saksama begitu,” ujarnya.
Malahan, ada yang turut mengaitkan dengan situasi semasa iaitu meminta pengarah dan pelakon Syamsul Yusof agar melakukan hal yang sama bersama dua isterinya.
https://malaysiadateline.com/relaks-je-letak-gambar-dua-bini-gambar-raya-bung-mokhtar-di-billboard-jadi-bualan/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|