10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.
Mula-mula tu, Murai Batu ingat benda hanya ni main-main je atau sekadar satu gimik semata-mata. Tapi, perkara ini telah disahkan oleh orang yang berkenaan di pihak Astro sendiri. AF9 akan jadi program yang terakhir.
Fuh...Murai Batu pun tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tatkala mendengar berita ni. Sedih ada, kelu pun ada ada. Macam tak percaya pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan berbaur dalam diri Murai Batu sekarang ini.
Hakikatnya, Murai Batu adalah antara segelintir pihak di luar sana yang membesar dengan program AF dan tempoh selama 9 tahun bukanlah satu tempoh yang cukup singkat.
Dalam tempoh 9 tahun AF bersiaran, macam-macam yang lihat. Macam-macam yang Murai Batu pelajari. Sedikit-sebanyak, program ini telah mendewasakan persepsi Murai Batu terhadap dunia hiburan itu secara realitinya.
Realitinya, ia tak seindah seperti yang difikirkan. Glamor itu hanya dapat dinikmati dari sudut luaran. Glamor itu hanyalah sekadar pakaian yang membaluti tubuh setiap bintang AF.
Namun, cabaran untuk bersaing, cabaran untuk memperbaiki diri, cabaran untuk menjadi yang terbaik dan cabaran untuk kekal adalah realiti yang perlu dilalui oleh setiap bintang AF.
Bagi yang bernasib baik, laluannya mungkin tak sesukar mana. Tapi, bagi yang kurang bernasib baik, bermacam dugaan yang perlu mereka lalui.
Apapun, Murai Batu percaya ada segelintir pihak yang akan menarik nafas lega apabila AF sudah sampai ke penghujungnya. Namun, apa yang Murai Batu diberitahu, AF9 bakal menjanjikan sebuah pengakhiran AF yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh pengikut setianya.
Malah, AF9 juga bakal menjanjikan pelbagai kejutan serta perubahan yang tidak dijangka. Dalam hal ni, Murai Batu tak propa ya. Tapi, kalau nak tahu perkembangan AF9 dengan lebih lanjut, terus dengan setia dengan Murai ya.
aku hrp nih die temukan all stars ataupun at least tapis yang terbaik dari segi vokal..ataupun sume dari golongan indie, jenis pandai buat muzik sendiri
alah percayelah..lps dh berakhir AF dorang akan buat program yg lbh kurang mcm AF jugak..mcm nyanyi2 sume tuh..program nyanyi2 ni kan blh kaut manyak untung..xkan nak padam cenggitu jek..wait n see jelah..tp bgslah AF dah berkuburr..