CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Kelantan] Siasatan anggota APM maut dipatuk ular belum siap

[Copy link]
Post time 14-5-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob (kanan) ditemani Ibu mangsa, Noriah Awang melihat gambar arwah anaknya Mohd Idris Abdul Samad, 34 salah seorang anggota APM Kelantan yang meninggal dunia akibat dipatuk ular tedung di sebuah Kampung di Kota Bharu ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kemasin, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Bachok: Siasatan kes kematian anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Idris Abdul Samad, 34, akibat dipatuk ular tedung dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Abdul Wahab Rahim berkata, Jawatankuasa Siasatan APM masih menjalankan siasatan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan peralatan yang digunakan ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan membabitkan elemen peralatan yang digunakan mangsa seperti sarung tangan dan peralatan sokongan ketika kerja-kerja mengalih reptilia terbabit.

"Hasil siasatan kita akan gunakan untuk tambah baik SOP di masa akan datang berdasarkan keperluan di lapangan.

"Saya lihat kes ini sebenarnya membuka mata banyak pihak di mana mereka sedar akan pengorbanan anggota APM.

"Tugas kami bukan mudah dan berisiko bahaya seperti kerja berkaitan tangkapan haiwan berbisa seperti ular dan lebah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan bayaran pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada keluarga Allahyarham di Kampung Kemasin, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob dan Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Khairi Samsudin.

Sementara itu, abang sulung arwah, Abdul Basir, 39, berkata adiknya pernah dipatuk ular jenis sama, enam tahun lalu.

Namun, katanya ketika itu arwah tenat tetapi selamat, manakala kes kedua yang berlaku pada 7 Mei lalu menyebabkan arwah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan meninggal dunia selepas dua hari dirawat.

"Kami sebenarnya tak jangka arwah akan pergi (meninggal dunia), tapi kami reda. Arwah memang sangat suka jadi anggota APM dan mahir mengendalikan ular, malah di kalangan rakan APM dia dipanggil 'cikgu' kerana arif bab binatang berbisa seperti ular," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuk-ular-belum-siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.092993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list