View: 737|Reply: 1
|
[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea
[Copy link]
|
|
Tular sebuah video di laman media sosial TikTok apabila penyanyi Korea Selatan, Chan Yeol dari kumpulan Exo terkejut melihat aksi penyampai radio, Munaabella yang mampu bertutur dalam bahasa Korea.
Menerusi video tersebut, Munaabella kelihatan selesa untuk bertutur dalam bahasa korea dan memahami apa yang Chan Yeol katakan tanpa memerlukan khidmat penterjemah bahasa.
Kehadiran Chan Yeol dan rakan sekumpulannya iaitu Se Hun adalah untuk menghadiri 2023 Exo-SC Back To Back Fancon Tour in Kuala Lumpur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat juga kagum dengan kehebatan Munaabella dalam bertutur dalam bahasa Korea dan juga ramai yang berada di dalam dewan tersebut juga seakan-akan memahami bahasa Korea tanpa memerlukan penterjemah.
“I guess they don’t even need translator atp cause most of us youngster understood korean
“The fact majority of us understand him without translator, proud of yourself you did well in learning third language while fangirling/boying,
“Kalau pergi konsert kpop memaang tak payah pakai translator. Ramai faham dan siap jawab terus ye. Translator yang terkial-kial,” tulis netizen di ruangan komen.
|
|
|
|
|
|
|
|
sape yg dimaksudkan ni? gigih nyeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|