CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Terengganu] Bekalan air Terengganu cukup, miliki rezab 200 juta liter

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Karim sedang meninjau paras air di LRA Kepong 2, Kuala Terengganu hari ini.



KUALA TERENGGANU – Bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 360,000 isi rumah di Terengganu dijamin tidak terjejas walaupun negara kini dilanda cuaca panas ekoran fenomena El Nino.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Abdul Karim Endut berkata, sebanyak 15 loji rawatan air (LRA) di negeri itu masih berupaya membekalkan air sebanyak 1,041 juta liter sehari kepada pengguna.

“Kapasiti pengeluaran air di kesemua LRA terbabit juga telah meningkat lebih 811 juta liter sehari berbanding 720 juta liter sehari pada tahun lalu.

“Kita juga mempunyai simpanan air sebanyak 200 juta liter,” katanya selepas meninjau LRA Kepong 2 dan muka sauk Pulau Musang di sini hari ini.

Abdul Karim menjelaskan, sepanjang sejarah, Terengganu tidak pernah mengalami krisis air disebabkan sungai kering akibat kemarau.

Ujar beliau, ia disebabkan negeri ini dikurniakan sungai yang sangat besar sebagai sumber bekalan air mentah.

“Begitupun, jika ditakdirkan juga sumber air sungai mengering, kita masih mempunyai alternatif lain iaitu Empangan Kenyir (Hulu Terengganu).

“Sekiranya berlaku gangguan bekalan air di negeri ini buat masa ini, ia sebenarnya disebabkan faktor luar jangka seperti paip pecah dan kerja-kerja penyelenggaraan di LRA,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... zab-200-juta-liter/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049248 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list