View: 629|Reply: 0
|
Seo Min Jae tak sengaja dedah video ambil dadah bersama Nam Tae Hyun, polis keluarkan waran tangkap
[Copy link]
|
|
Tae Hyun dan Min Jae akan menjalani siasatan atas dakwaan dadah.
POLIS mengeluarkan waran tangkap terhadap penyanyi Nam Tae Hyun dan pelakon Seo Min Jae susulan dakwaan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.
Balai Polis Daerah Yongsan, Seoul membuat permohonan tersebut dan kedua-dua suspek bakal disoal siasat sebelum mereka bertindak menghapus sebarang bahan bukti.
Penahanan tersebut dibuat selepas Min jae secara terbuka mengaku menggunakan bahan terlarang tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
Dalam video tersebut, Min Jae mendedahkan peralatan yang digunakan bagi pengambilan dadah berkenaan bersama Tae Hyun.
Dia bagaimanapun telah memadamkan hantaran tersebut dan menjelaskan berlaku pertengkaran bersama Tae Hyun yang juga merupakan kekasihnya.
"Saya bergaduh dengan kekasih saya dan mengambil ubat kerana terlalu tertekan sehingga hilang kawalan," ujarnya.
Kedua-dua mereka juga sebelum ini pernah diarahkan menjalani ujian air kencing selepas timbul aduan berkaitan masalah sama.
Dalam kes berbeza, Tae Hyun pernah didakwa atas kesalahan memandu secara mabuk sehingga menyebabkan kemalangan pada 8 Mac lalu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|