View: 735|Reply: 4
|
Terinspirasi Dari Netflix, Wanita Buat Misi 'Dating' 100 Kali Sampai Jumpa Cinta Sejati
[Copy link]
|
|
Seorang wanita 'kaki travel' dalam misi melakukan 100 janji temu di tempat dilawatinya di seluruh dunia dan tidak akan berhenti sehingga menemui cinta sejati.
Daily Star melaporkan, Starly Santos dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mendapat idea itu daripada rancangan Netflix yang menunjukkan seorang wanita mendokumentasikan perjalanan cintanya.
Kini, wanita berusia 27 tahun itu menghabiskan empat atau lima hari di satu lokasi dan mengehadkan dirinya kepada satu janji temu sahaja untuk mencapai matlamatnya, lapor The Sun.
IG
"Saya ingin tahu di mana lagi di dunia saya boleh jatuh cinta.
"Bukan hanya dengan orang itu tetapi juga tempatnya dan cuma mahu melakukan sesuatu yang unik semasa saya masih muda," katanya.
Pempengaruh laman sosial yang bijak itu tidak akan bercinta dengan sembarangan lelaki kerana individu itu mesti berasal dari negara yang sedang dia lawati dengan beberapa pengecualian.
Dia juga mendakwa semua calon lelaki pilihannya perlu mengikuti waktu rakaman dan memuat naik video di TikTok.
"Walaupun sudah bertemu seseorang yang sangat disukai, saya mahu terus mengembara.
"Kami boleh berhubung sekurang-kurangnya setahun. Begitulah cara saya untuk tahu sama ada ia adalah perkara sebenar.
"Jika serius, mereka boleh datang berjumpa saya di negara lain dalam jangka masa itu," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Risau kang jadi lain. Elok terinspirasi dengan kesah chenta orang lain dalam Netflix tetiberr masok Netflix sebab orang terinspirasi nak buat documentary CI pasal ko dekkk. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya ada ke laki yg nak kat nko yg byk sgt kerenah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya mahu terus mengembara” amende ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|