CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Johor] Ada cubaan teruskan pesta seks di JB

[Copy link]
Post time 28-5-2023 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Penganjuran pesta seks 'Gang Bang JB Party' yang sebelum ini menjadi kontroversi didakwa tetap diadakan pada tarikh baharu, namun di lokasi yang dirahsiakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Mohamad Taufiq Ismail berkata, pihaknya mendapati terdapat cubaan menukar tarikh penganjuran acara itu kepada 10 Jun depan, walaupun mendapat kecaman serta bantahan pelbagai pihak.

Bagaimanapun katanya, hantaran itu didapati sudah dipadam.

"Pesta seks ini memang belum berlaku, tetapi ada poster yang tular. Mula-mula 20 Jun, tetapi dalam ciapan Twitter baharu dipercayai penganjur tersilap tarikh dan akan ditukar pada 10 Jun, tetapi saya lihat ia sudah dipadam.

"Tarikh, masa semua sudah ada, tetapi tempat dirahsiakan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berhubung isu pesta seks itu dan penggunaan kalimah Allah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini, semalam.

Mohamad Taufiq berkata, polis perlu mengambil tindakan drastik bagi memastikan penganjuran pesta seks berkenaan terus dijalankan.

"Saya harap polis atau pihak berkuasa ambil tindakan drastik, bukan sahaja pada penganjur acara itu tetapi mungkin pada mana-mana penganjur yang buat benda sama.

"Kita harap perkara ini boleh dicegah kerana bimbangkan khususnya anak muda. Aktiviti ini perlu dihentikan kerana akan mencemar imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan terhadap penganjuran pesta seks 'Gang Bang JB Party' yang tular dan dijadualkan berlangsung bulan depan.

Sementara itu, AMK Negeri Johor turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Pemuda Pas Gombak, Suffi Kamari yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak tepat apabila menyatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dalam titah baginda berhubung isu kalimah Allah.

"Sultan Johor bertitah supaya kerajaan teliti semula (keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan kalimah Allah), tidak ada unsur-unsur murka atau marah, tetapi dimainkan sentimen oleh Suffi dengan 'spin' (putar belit kenyataan Sultan Johor) bahawa (baginda) sudah murka, sejak bila dia menjadi jurucakap istana," katanya.


Taufiq (tengah) membuat laporan polis berhubung isu pesta seks. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN/FOTO

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -seks-di-jb-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.356135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list