CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Johor] 'Lari' sebab takut, panik

[Copy link]
Post time 29-5-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN video tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca

Johor Bahru: Akibat terlalu takut dan panik selepas melanggar sebuah motosikal, pemandu kereta meneruskan perjalanan tanpa berhenti dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bagaimanapun pemandu kereta iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit tidak lama kemudian.

Katanya, kejadian berlaku 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.

"Pemandu hilang kawalan dan melanggar motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an. Penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,

"Pemandu kereta membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 20 saat memaparkan kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju melanggar sebuah motosikal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-sebab-takut-panik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.236755 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list