CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Johor] Budak redah api selamatkan adik

[Copy link]
Post time 31-5-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

KHAIRUL Hamim menceritakan kebakaran rumah ibu saudaranya, Nor Izura Maat. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: Seorang abang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya berusia sembilan bulan daripada rentung selepas rumah mereka di Kampung Parit Suratman, Parit Yaani, musnah dalam kebakaran, semalam.

Nor Azmi Khairul Azri, 12, dianggap wira kerana keberaniannya meredah api sebaik menyedari adiknya Haziq 'tertinggal' dalam rumah kerana masing-masing sudah keluar menyelamatkan diri dalam kejadian 1.45 tengah hari itu.

Menceritakan kejadian itu, abangnya, Hazman, 14, yang melecur di kedua-dua tapak kaki berkata, dia terlebih dahulu keluar dan ibunya, Nor Izura Maat, 36, menyelamatkan barangan lain dalam rumah itu.

"Ketika itu, barulah ibu teringat adik masih dalam rumah dan Nor Azmi segera masuk meredah api sedang menjulang lalu mendukung adik keluar. Saya tidak boleh berlari lagi ketika itu kerana tapak kaki sudah melecur.

"Pada masa kejadian, ibu menjerit supaya kami keluar menyelamatkan diri manakala Haziq sedang bermain di ruang tamu. Masing-masing ketika itu dalam keadaan kelam-kabut hingga terlupa adik masih lagi berada dalam rumah," katanya ketika ditemui.

Hamzan dan ibunya melecur kedua-dua tapak kaki kerana terpijak tikar getah panas manakala Nor Azmi hanya cedera di ibu jari kakinya.

Pelajar Tahfiz Darul Qura itu berkata, sebelum kejadian dia bersama adik yang lain berada di rumah dan terhidu bau asap.

"Saya ternampak warna kemerahan dari bilik saya dan belum sempat membuka pintu, api sudah menjulang. Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api marak begitu cepat.

"Mujurlah semua ahli keluarga kami selamat walaupun rumah pusaka ini musnah sama sekali. Kami reda dengan kejadian itu dan menganggap ada hikmah di sebaliknya," katanya.

Sementara itu, sepupu kepada Hazman, Khairul Hamim, 34, berkata, malam sebelum kejadian, rumah itu mengadakan tahlil berikutan kematian ibu angkat Nor Izura.

"Tak sangka, majlis tahlil pada malam itu adalah terakhir di rumah ini. Ini rumah peninggalan arwah datuk yang berusia lebih 40 tahun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... api-selamatkan-adik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.903128 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list